Siakap Keli

“Duit Lesap, Tak Habis-Habis Isu Scammer Ni, Bilik Sewa Pun Boleh Jadi Modal Scam Orang Kat Cyber”

Zaman sekarang, kalau cakap bab kewangan saja mesti ramai yang pening kepala. Ye lah, ada yang pernah menjadi mangsa ‘songlap’ dengan teknik-teknik licik mereka yang tidak bertanggungjawab menyusun untuk memperdaya mangsa.

Tak sempat sejuk isu online scammer di Cyberjaya. Kini scammer bilik sewa pulak yang datang. Tak habis-habis diaorang ni.

Selalunya kita cuma dengar orang jadi ‘scammer’ akan menyamar jadi pegawai bank, pihak insurans dan pegawai atasan dalam perhidmatan kerajaan. Tapi lain pula kali ini, ada yang sanggup menyamar sebagai ‘owner’ rumah!

Kesian mangsa, habis ribuan ringgit lesap sekelip mata bahkan ditipu hidup-hidup oleh scammer. Ikuti kisah ini sebagai iktibar untuk korang semua.

Perkongsian ini diceritakan sendiri oleh Fatrim Syah atau lebih dikenali sebagai Ayim untuk membantu orang di luar sana supaya tidak tertipu dengan taktik scammer yang ‘maha licik’!

Ayim merupakan penulis novel sepenuh masa bukan sahaja ditipu oleh scammer malah ibarat jatuh ditimpa tangga apabila menanggung kerugian akibat rumah lamanya dipecah masuk oleh pencuri, hingga kerugian hampir 10 ribu!

Bayangkan berapa jumlah kerugian yang telah ditanggung? Adakah korang mangsa seterusnya? Ikuti perkongsian ini dengan lebih lanjut.

Modus operandinya menyasarkan rumah-rumah ‘Homestay’ di sekitar Lembah Klang, jadi korang yang tinggal berhampiran dengan Lembah Klang pastikan korang bukan mangsa seterusnya.

Kerja diorang akan menyasarkan golongan muda dan meletakkan di platform iklan yang mudah diakses supaya mangsa lebih senang klik dan terpedaya. 

Ianya memberi peluang kepada scammer untuk memerangkap mangsa dengan ayat-ayat yang manis dan menggunakan gambar-gambar yang menarik serta harga bilik sewa yang super rendah!

Teknik yang amat mudah, hanya berbekalkan iklan dan gambar ‘homestay’ orang lain, scammer ini menjalankan aktiviti dengan membawa penyewa untuk melihat sendiri rumah tersebut sehinggakan berjaya memperdaya mangsa. 

Taktiknya dengan membawa 5 ke 6 orang mangsa untuk membawa mangsa ke sesi viewing dengan menggunakan alasan siapa cepat dia akan dapat membuatkan sesiapa saja tidak sabar!

Ayim ketika itu tidak befikir panjang, beliau yang hanya ingin mendapatkan tempat tinggal yang lengkap, selesa dan pantas hanya mengikut sahaja segala arahan dengan mengeluarkan duit deposit sebanyak lebih dari RM 2,000 tanpa rasa ragu-ragu.

Kesalahan paling besar yang dibuat adalah, membuat pembayaran tanpa surat hitam putih, dan hanya mengenali individu tersebut hanya melalui sosial media.

Sapa yang tak gembira kalau diberi kunci rumah tambahan pula untuk tinggal di rumah baru. Setelah dua hari menginap di rumah ‘baru’ ada sesuatu kejadian tragis berlaku. 

Beliau sebenarnya tinggal di sebuah homestay milik orang lain sehinggakan terpaksa di bawa ke balai polis atas tuduhan menceroboh. Siapa yang tak sedih, kalau dah bayar wang pendahuluan dengan harga yang beribu ringgit namun ditipu secara hidup-hidup.

Nasib baik ada orang melayu tolong melayu, kalau tak siapa lagi nak bantu.

Melalui kisah yang diceritakan, RENT360 terpanggil untuk membantu Ayim untuk mendapatkan bilik sewa dengan zero deposit tanpa membebankannya setelah ditipu.

Kini beliau bukan sahaja duduk dengan selesa, malah lebih selamat dengan fasiliti serta servis yang diberikan RENT360.

Elakkan harga tawaran rumah terlalu rendah, kenali siapa owner/syarikat rumah sewa anda. Bertindaklah dengan betul dan jangan mudah rambang mata. RENT 360 menawarkan pelbagai bilik mampu milik yang pasti memenuhi keselesaan anda.

Tambahan pula kini, RENT360 membuka peluang untuk membantu penyewa-penyewa baru mendapatkan bilik sewa dengan zero deposit. Tidak perlu lagi risau mengenai scammer. Untuk sebarang maklumat boleh lawati Laman Sosial Facebook RENT360.

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang