Siakap Keli
Kredit: Google

Treler Terbakar Dua Kilometer Selepas Plaza Tol Tapah Arah Utara

IPOH, 29 Dis (Bernama) — Sebuah treler membawa muatan batu terbakar di Km324.8 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara, petang semalam, namun pemandunya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata pihaknya dimaklumkan berhubung kebakaran yang berlaku pada jarak kira-kira dua kilometer selepas susur keluar Plaza Tol Tapah itu pada 6.57 petang.

“Seramai 10 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Tapah bersama sebuah jentera terlibat dalam operasi pemadaman kebakaran treler yang membawa muatan batu ‘plate’,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Menurutnya, insiden itu menyebabkan bahagian kepala treler terbakar 70 peratus manakala pemandu sempat menyelamatkan diri dengan keluar daripada treler.

“Anggota telah menggunakan satu unit foam, satu aliran 100 kaki dua pancutan bersumberkan air dari tangki jentera sehingga kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 8.13 malam,” katanya.

Sementara itu, jurucakap PLUS ketika dihubungi berkata tiada lorong yang ditutup akibat kejadian itu namun ia mengakibatkan trafik perlahan menghala ke utara sejak 8 malam.

Sumber: BERNAMA

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.