Siakap Keli

Tukar Perkataan Kepada Iblis, Guru Digantung Dipercayai Puja Syaitan

Pendakwa raya di Arab Saudi mengarahkan penggantungan selama 4o hari diberikan kepada seorang guru sekolah selepas satu siasatan mendapati bahawa beliau ‘memuja syaitan’ disekeping kertas peperiksaan.

Guru lelaki itu didakwa telah memadam perkataan frasa ‘mencari perlindungan daripada Allah’ dan menggantikan dengan ‘mencari perlindungan daripada iblis’ dalam peperiksaan di sekolah rendah di kawasan barat Saudi Al Bahah.

Semua kertas peperiksaan tersebut telah ditarik balik daripada setiap murid.

Pasukan pendidikan kemudiannya melawat sekolah serta menyiasat kejadian itu dan menasihatkan guru tersebut digantung dan dilarang daripada memasuki sekolah.

Guru tersebut juga dipercayai mempunyai rekod jenayah yang melibatkan 10 kes berkaitan dengan akhlak dan dadah.

“Dia juga merokok di dalam sekolah ketika waktu kerja dan membuka lagu di sistem penyiaran sekolah sewaktu peperiksaan dijalankan,” kata seorang pegawai pendidikan.

Sumber perubatan juga mendapati bahawa guru itu mengalami halusinasi dan ketidakseimbangan psikologi yang memperlihatkan dia dimasukkan ke hospital psikiatrik.

Sumber: Gulf News

Sofea

Iqra'.

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.