Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan

Bomba Ambil Masa Dua Jam Padam Kebakaran Hutan Di Lereng Bukit Lebuh Raya Dekat Nilai

Seremban : Jabatan Bomba dan Penyelamat Nilai dan Seremban 2 mengambil masa hampir dua jam untuk memadam kebakaran di kawasan lereng bukit Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Taman Akasia, dekat Nilai, melibatkan kawasan seluas kira-kira 1.6 hektar, di sini, petang tadi.

Pegawai operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai PBK II Baharin Ayob Ghazally berkata pihaknya menerima panggilan pada 1.56 tengah hari dan berjaya memadamkan kebakaran kira-kira pukul 3.50 petang tadi.

“Panggilan diterima daripada orang awam dan seramai 20 orang anggota bomba termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai dan Seremban 2 dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Api bermula dari bahagian bawah iaitu kawasan lebuh raya. Kerja-kerja pemadaman itu dilakukan secara dua peringkat di mana anggota bomba Seremban 2 memadam kebakaran di kawasan berhampiran lebuh raya manakala anggota bomba Nilai memadam kebakaran di kawasan hutan bukit di Taman Akasia,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata kebakaran dikenal pasti berpunca daripada cuaca panas yang melampau.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.