Gadis 13 Tahun Meninggal Saat Lahirkan Anak Bapa Kandung

Seorang gadis berusia tiga belas tahun dilaporkan meninggal dunia ketika melahirkan anaknya. Lebih menyedihkan, anak yang dilahirkan dipercayai zuriat kepada bapa kandungnya sendiri.

Kejadian yang berlaku di Brazil itu bermula apabila bapa kandung remaja perempuan itu dipercayai telah merogolnya. Remaja berkenaan telah dimasukkan ke hospital pada 11 Disember akibat menderita sakit abdomen yang sangat teruk. Setelah pemeriksaan dibuat, didapati remaja berkenaan telah hamil lima bulan.

Pihak Polis kemudiannya telah mengeluarkan waran tangkap terhadap bapa remaja berkenaan yang berusia 36 tahun. Pihak polis percaya bahawa lelaki itu telah melakukan perbuatan terkutuk itu sejak gadisnya itu berusia sembilan tahun.

Menurut laporan media tempatan, gadis berkenaan didakwa telah diperkosa ketika pergi memancing bersama ayahnya. Walaupun mangsa pernah memberitahu ibunya mengenai perkara berkenaan, namun wanita itu tidak mempercayai suaminya tergamak melakukan perkara tersebut.

Gadis berkenaan juga pernah diugut bunuh sekiranya membongkarkan perkara tersebut kepada orang lain. Walau bagaimanapun, gadis berkenaan telah melahirkan seorang bayi pramatang dengan selamat.

Kematian gadis ini juga telah menimbulkan kemarahan bagi komuniti setempat yang kesal dengan tindakan bapanya yang diumpamakan sebagai “haruan makan anak”.

Sumber: Daily Mail

 

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Tambah komen