Siakap Keli
Gambar: Asia one

Lelaki Tampar Budak Gara-Gara Berang Anak Dikutuk

Seorang lelaki berusia 48 tahun didenda selepas dikatakan telah menampar dua orang remaja lelaki. Tindakannya itu adalah ekoran daripada mereka berdua bercakap buruk mengenai anak lelakinya.

Perkara ini bermula pada 13 Mei lalu selepas dia menerima panggilan daripada isteri mengatakan anak mereka sedang dicari. Kemudiannya, tertuduh pergi berjumpa dengan kumpulan terbabit dan mendapati mereka mengutuk anak lelakinya.

Pada keesokan harinya, lelaki itu menghubungi salah seorang daripada remaja itu untuk mengaturkan satu pertemuan. Ketika pertemuan itu, kedua-dua remaja berkenaan menafikan bahawa mereka berkata buruk mengenai anaknya.

Walau bagaimanapun, pada pertemuan seterusnya, salah seorang daripada remaja terbabit mengaku telah berkata buruk terhadap anak lelaki itu. Ekoran itu, rakannya telah ditampar sebanyak dua kali oleh lelaki berkenaan serta diberikan amaran.

Dia juga meminta agar mereka berdua tidak mengulangi perbuatan itu pada masa akan datang. Namun malangnya, mangsa telah membuat laporan polis pada keesokan hari.

Atas kesalahan sengaja membuat serangan fizikal, lelaki tersebut boleh dipenjarakan selama dua tahun dan boleh didenda sehingga $ 5,000 (RM15,208) atau kedua-duanya.

Sumber: Asia One

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra