Siakap Keli

Dengan Kamera 108MP Xiaomi Note 10, Ini Hasil Mengagumkan Yang Kami Dapat

Sememangnya memiliki telefon pintar dengan kelebihan kamera yang berteknologi canggih pada abad ini telah menjadi suatu trend dalam masyarakat khususnya bagi golongan muda yang dilihat gemar mengambil gambar untuk dimuat naik dalam akaun media sosial mereka.

Kalau dulu orang ramai akan memilih untuk membeli kamera DSLR bagi mendapatkan gambar yang berkualiti tinggi, namun pada zaman ini, ramai memilih untuk memiliki telefon pintar yang mempunyai fungsi kamera yang pelbagai dan berkualiti.

Oleh sebab yang demikian, Xiaomi telah mengeluarkan telefon pintar yang didatangkan dengan peranti kelas pertengahan serta spesifikasi yang hebat iaitu Xiaomi Mi Note 10 dan Xiaomi Note 10 Pro.

Keluaran telefon pintar oleh Xiaomi ini lebih memfokuskan kepada fungsi kameranya dimana kamera telefon tersebut hadir dengan lensa utama sebesar 108 Megapixel. Dengan lensa yang besar ini, ianya sekali gus telah menobatkan telefon pintar keluaran Xiaomi ini sebagai telefon yang memiliki kamera terbaik di dunia.

Dengan lensa 108MP yang mempunyai kualiti imej seakan DSLR ini, resolusi pixel yang terdapat pada telefon ini adalah sebanyak 12032 x 9024. Anda juga boleh mencetak poster sebesar 4.2m dengan jelas dan terperinci tanpa perlu risau akan gambar yang diambil itu ada efek pecah.

Gambar: Billy Cane

Kini anda tidak perlu risau lagi tentang rakaman gambar yang tidak jelas. Ini kerana, telefon pintar ini telah dilengkapi dengan sistem sokongan zum optikal 5x, zum hibrid 10x dan zum digital 10x.

Selain daripada lensa utama 108MP, telefon pintar ini juga turut dilengkapi dengan 4 lensa sokongan iaitu 2MP lensa makro, 20MP lensa sudut ultra lebar, 12MP lensa potrait dan 5MP lensa telefoto. Ini bermakna, rakaman gambar dan video anda akan menjadi lebih jelas serta berkualiti di samping mampu zum ke subjek yang jauh dengan mudah.

Dengan adanya gabungan kesemua kamera ini, ianya mampu memberikan pengalaman sebagai seorang profesional kepada pengguna dalam merakam gambar dan video.

Gambar 1 menggunakan lensa ultra lebar:

Gambar 2 menggunakan zum 1x:

Gambar 3 menggunakan zum 2x:

Gambar 4 menggunakan zum optikal 5x:

Gambar 5 menggunakan zum 20x:

Gambar 6 menggunakan zum digital 50x :

Lebih menarik lagi, telefon pintar keluaran Xiaomi ini juga turut didatangkan dengan sistem Dwi OIS dimana ianya akan membuatkan video anda menjadi stabil semasa merakam khususnya dalam mod Vlog.

Ianya juga turut dihadirkan dengan pelbagai mod rakaman antaranya ialah mod 108MP, mod slow motion, mod video pendek, mod makro, mod bokeh pelangi dan banyak lagi.

Untuk rakaman swafoto pula, antara ciri-ciri yang disediakan didalam peranti ini adalah AI Portrait, AI Beauty, Mimoji, rakaman swafoto Panorama, AI Scene Detection dan AI Face Unlock. Dengan ciri-ciri ini, anda tidak perlu mengambil masa menyunting gambar anda lagi.

Ciri-ciri tambahan lain yang terdapat pada telefon pintar ini adalah ianya mendapat sokongan pengecasan pantas 30W melalui USB-C berserta bateri yang bersaiz 5,260mAh. Selain daripada itu, telefon ini turut dihadirkan dengan panel skrin bersaiz 6.47 inci FullHD+ AMOLED yang melengkung secara 3D. Xiaomi juga turut melengkapkan telefon pintar ini dengan pengimbas cap jari pada skrin. Untuk perisian pula, telefon pintar Xiaomi ini juga dilengkapi dengan sokongan bicu audio 3.5mm serta sokongan NFC.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila layari laman web Xiaomi dengan kadar segera. Bagi yang berminat untuk mendapatkan telefon pintar keluaran Xiaomi ini pula, anda boleh terus membelinya melalui kedai atas talian mereka yang terdapat di Lazada dan Shopee.

Lazada: Xiaomi Mi Note 10

Shopee: Xiaomi Mi Note 10

 

Lazada: Xiaomi Mi Note 10 Pro

Shopee: Xiaomi Mi Note 10 Pro



Aqmal Ezany

I write what is right