Siakap Keli
Dr Maszlee berucap
Foto: Bernama

(Video) Dr Maszlee Malik Sah Letak Jawatan Menteri Pendidikan

Tular di media sosial berkenaan dengan dakwaan bahawa Dr Maszlee Malik iaitu Menteri Pendidikan Malaysia bakal mengumumkan perletakan jawatan yang dipegangnya itu pada hari ini.

Terkini, siaran langsung bersama Dr Maszlee Malik tentang perletakan jawatannya sebagai Menteri Pendidikan Malaysia.

Katanya lagi, diwajibkan untuk anak-anak habiskan sekolah pada peringkat sekolah menengah. Kita sebagai masyarakat Malaysia, beringatlah sekolah milik komuniti dan universiti milik masyarakat.

“Namun sepertimana saya jelaskan pada awal, saya dilihat menimbulkan banyak krisis kepada kepimpinan terutama melibatkan isu Jawi, internet sekolah dan isu sarapan percuma.

Walaubagaimanapun saya percaya saya telah meletakkan asas dan hala tuju yang jelas untuk dituruti warga KPM. Ia terhimpun dan tersemat kemas dalam 3 kalimah keramat, ‘Pendidikan Untuk Semua’.”

Keputusan ini bukan pengakhiran tapi permulaan. Percayalah, reformasi negara tidak akan pernah berjaya tanpa menjadikan kebajikan rakyat sebagai tumpuan paling utama.

“Di atas nasihat YAB Perdana Menteri, dan di atas dasar ketaatan dan disiplin kepada kepimpinan parti dan kerajaan, maka dengan hati yang redha walaupun berat, saya, Maszlee Malik, dengan ini meletakkan jawatan sebagai Menteri Pendidikan Malaysia, berkuatkuasa 3 Januari 2020.”

 

Sumber: Bernama TV

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)