Siakap Keli

Dikecam Rakam Tapi Tak Sedarkan Pemandu ‘Microsleep’, Perakam Tampil Cerita Perkara Sebenar

Jika bercakap mengenai ‘microsleep’, sudah banyak kemalangan yang berlaku malah sehingga telah mengorbankan nyawa. Microsleep merupakan keadaan di mana seseorang itu terlelap buat seketika waktu terutamanya ketika memandu.

Terbaru, tular di media sosial mengenai satu rakaman sebuah kereta pacuan empat roda merempuh sebuah motosikal di bahu jalan. Kemalangan itu dipercayai berlaku akibat daripada pemandunya yang terlelap.

Walau bagaimanapun, perkara itu telah pun disedari lebih awal oleh pemandu yang memandu dibelakang kenderaan tersebut. Ianya adalah kerana kenderaan terbabit dilihat dipandu dalam keadaan yang mencurigakan.

Sehingga satu saat, kenderaan tersebut yang telah menyerong ke bahu jalan merempuh motosikal yang ditunggang di bahu jalan. Akibatnya, penunggang motosikal terbabit terpelanting di tempat kejadian.

Melihat kepada reaksi warganet, rata-ratanya menyalahkan sikap pemandu lain yang tidak cuba untuk menyedarkan pemandu yang terlelap. Malah, terdapat perbualan berkaitan microsleep namun tidak berusaha untuk mengejutkan pemandu di hadapannya.

“Kalau dah tau risiko driver tu boleh accident awal-awal kasi hon kuat-kuat supaya orang sekeliling tahu”

“Kalau sayalah, saya kejar bagi dekat tekan hon suruh dia berhenti atau bagi warning”

Di sebalik kemarahan netizen terhadap pemandu itu, muncul seorang individu yang mendakwa dirinya lah yang merakamkan kejadian tersebut. Menurutnya, pemandu tersebut telah dibunyikan hon berkali-kali oleh pemandu yang lain. Dakwanya lagi, dia khuatir sekiranya dibunyikan hon boleh menyebabkan pemandu tersebut menjadi gelabah.

Tambahnya menerusi komen yang lain, kemalangan itu melibat dua orang mangsa iaitu seorang ibu dan anaknya yang baru pulang daripada sekolah. Walau bagaimanapun, kedua-dua mereka tidak mengalami kecederaan yang serius dan telah mendapatkan rawatan di hospital.

Ekoran kejadian ini, adalah lebih baik untuk para netizen tidak menyalahkan sesiapa sahaja sebelum mengetahui perkara yang sebenar.

Sumber: Orang Kota – Tinggi

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra