Siakap Keli

Elak Ketagihan Telefon Pintar, Bapa Bawa Anak Mengembara

Ketagihan telefon pintar pada masa kini sudah menjadi kebiasaan dalam kanak-kanak sehingga dilihat tidak terkawal.

Bagi seorang bapa dari Calgary, Kanada, beliau mengambil langkah yang baik bagi memastikan anaknya tidak ketagih telefon pintar iaitu dengan mengembara ke Ulan Bator, Mongolia.

Menurut Jamie Clarke, beliau terfikir idea itu ketika meraikan ulang tahunnya yang ke- 50 di sebuah daerah terpencil yang tidak mempunyai jaringan komunikasi dan internet bersama keluarganya.

Jamie merasakan ada jurang komunikasi yang sangat besar dengan anaknya, Kohbe, yang sentiasa memegang telefon pintar semasa berada di rumah.

Beliau juga mengakui kesilapannya yang memberikan telefon kepada anak sejak kecil dan lebih banyak berkomunikasi dengan anaknya melalui peranti itu.

“Jika kita lihat ketagihan kepada gajet ini bukan berlaku kepada individu semata-mata tetapi kepada keluarga dan ia berterusan. Saya mula merasakan ia telah mengawal kami,” katanya.

Anaknya, Khobe mengakui bahawa dia sangat marah kerana terpaksa pergi kawasan berkenaan yang tidak boleh mengakses internet dan mengetahui perkembangan luar namun seronok kerana dapat merasai sesuatu yang baharu dan sangat menarik.

Sumber: Sinar harian

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra