Siakap Keli

Kebakaran Hutan Di Australia Terus Mengganas, Setengah Billion Haiwan Dianggarkan Mati

Kebakaran hutan terus memberi kebimbangan kepada semua pihak setelah  hampir 500 juta haiwan telah ditemui mati sejak krisis bermula.

Ahli ekologi dari Universiti Sydney menganggarkan 480 juta mamalia, burung dan reptilia telah hilang sejak September lalu.

Bilangan itu dijangkakan akan terus meningkat kerana api terus marak hingga ke Victoria dan New South Wales South Coast sejak beberapa hari yang juga menyebabkan beberapa orang ditemui mati dan ribuan orang terkandas.

Selain gambaran kangaroo yang melompat melarikan diri dari kebakaran di dalam hutan menyentuh hati penduduk dunia. Bangkai-bangkai koala dan kambing yang jatuh mati dari pokok-pokok juga telah mengejutkan dunia.

Koala telah menjadi salah satu daripada haiwan asli Australia yang paling sukar kerana mereka bergerak perlahan dan hanya makan daun dari pokok kayu putih yang dipenuhi dengan minyak yang sangat mudah terbakar.

Satu pertiga daripada keseluruhan populasi koala New South Wales di pertengahan utara pantai dipercayai terbunuh dalam masa kurang dari empat bulan.

Terdapat populasi koala yang penting di negeri-negeri lain yang terjejas oleh kebakaran seperti di Victoria dan Australia Selatan namun angka yang masih hilang belum dapat dipastikan lagi.

Majlis Ahli Ekologi Pemuliharaan Alam, Mark Graham berkata di dalam parlimen bahawa kebakaran telah berlaku dengan pantas sehingga menyebabkan banyak kematian haiwan di pokok-pokok namun ada satu kawasan besar yang masih lagi dilanda api dan mungkin bangkai haiwan-haiwan tersebut tidak ditemui.

“Koala tidak mempunyai kapasiti untuk bergerak dengan pantas dan melarikan diri,” katanya.

Sumber: The Courier Mail

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra