Siakap Keli

(Video) “Ini Yang Sebenarnya Berlaku,” Saksi Tembakan Rambang Christchurch Kongsi Situasi Sebenar

Masih ingatkah mengenai tragedi hitam yang menimpa masyarakat Islam di New Zealand? Insiden tembakan rambang di Masjid Christchurch yang berlaku pada bulan Mac lalu sehingga mengejutkan komuniti dunia.

Ketika itu, berita mengenai serangan tersebut kecoh di dada akhbar dan juga media elektronik. Pun begitu, sehingga kini masih ada lagi individu yang menceritakan mengenai peristiwa hitam itu.

Menerusi perkongsian selebriti, Alif Satar di Youtube miliknya, satu kupasan mengenai tragedi serangan tersebut diceritakan oleh salah seorang warga Muslim di New Zealand.

Mr Kalam yang merupakan individu terawal mengetahui kejadian itu mengatakan bahawa kejadian bermula pada khutbah pertama di Masjid An-Nur.

Masjid An- Nur

Semasa khutbah pertama, dan ketika itulah lelaki bersenjata itu masuk. Apabila anda memasuki masjid tersebut, anda berjalan melalui lorong di sebelah kiri iaitu bilik air, di sebelah kanan ada beberapa bilik dan seterusnya akan masuk ke ruang utama masjid. Jadi dia berjalan melaluinya sambil menembak.

Imam berselindung di sebalik mimbar

Orang ramai mula berlari dan imam pula dihadang disebalik mimbar. Dia hanya duduk dan terdapat dinding besar di hadapannya (suspek). Jadi imam mendengar segalanya dan hanya menangis tidak berdaya. Jika anda berdiri di hadapan pistol, anda kehilangan hidup anda.

Gambar: BitChute

Ada yang cuba menyerang suspek

Beberapa orang saudara Muslim yang berasal dari Pakistan seingat saya, dia dan anaknya cuba untuk menyerang suspek tetapi mereka turut ditembak dan saya tahu juga ramai yang berpura-pura mati terlantar di lantai.

Berpura-pura mati, kelongsong peluru jatuh atas badan

Semua yang terselamat, mereka tidak yakin bahawa mereka akan terselamat lalu mereka berzikir dan membaca ayat Qursi dan mereka tahu merekalah yang seterusnya. Ada yang dibawah mayat. Satu orang berada di lantai dan lelaki itu berdiri di sebelahnya dan kelongsong peluru jatuh di belakangnya.

Masjid Linwood

Kemudian suspek pergi ke Masjid Linwood yang mana terdapat sembilan orang mati syahid di situ dan akhirnya dia ditangkap polis. Ketika dia sampai di sana, para jemaah sedang bersolat di rakaat pertama.

Gambar: CNA

Qadar yang bermaksud “Apa yang berlaku tetap akan berlaku”

Saya ingin fokuskan kejadian ini yang dimaksudkan Qadar yang kita percaya bermaksud “Apa yang berlaku tetap akan berlaku”

Semasa merapatkan saf, orang yang terakhir merupakan orang yang berada di sebelah tingkap dan tingkap itu mempunyai para. Bersebelahan dengannya adalah saudara Imran. Jadi Imran berkata kepadanya, “Saya mempunyai banyak kunci, boleh tak kita bertukar tempat?” jadi saya boleh meletakkan kunci saya pada para tingkap.

Tukar kedudukan solat sebelum ditembak mati

Iqamah sedang dilaungkan, mereka sempat bertukar tempat sebelum takbir dan semasa rakaat pertama, Imran ditembak. Jika dia tidak bertukar tempat, dia pasti selamat tetapi ia adalah Qadar, bermakna dia telah ditakdirkan begitu.

Peristiwa hitam yang menimpa umat Islam di Christchurch sememangnya telah menyentap hati umat Islam di seluruh dunia. Walau bagaimanapun, peristiwa itu akan sentiasa segar dalam ingatan umat Islam di samping pemergian saudara-saudara yang telah syahid.

Terus ikuti perkongsian yang dibuat oleh Mr Kalam bersama Alif Satar untuk mengetahui perkara yang sebenar berlaku ketika kejadian itu berlaku.

Sumber: Alif Satar

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Tambah komen

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.