Siakap Keli

Iran Tawar $80 Juta Untuk Kepala Trump, AS Ancam Serangan Lebih Keras Jika Iran Menyerang

Sebelum ini dunia dikejutkan dengan kematian komander tertinggi tentera elit Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC) iaitu Mejar Jeneral Qassim Suleimani dan kerisauan rata-rata warga maya akan kemungkinan berlakunya perang dunia ketiga dalam masa terdekat.

Terbaru, Iran telah membuka ‘tawaran’ kepada sesiapa yang dapat membunuh Presiden AS, Donald Trump.

Menurut laporan media, Iran memberikan ganjaran berjumlah AS80 juta (RM328 juta) bagi mereka yang berjaya membunuh pemimpin terkenal dunia itu.

“Sesiapa yang membawa kita ketua berambut perang ini, akan kami berikan dia $80 juta.”

Dalam pada itu, Trump melalui Twitter rasmi miliknya menyatakan amaran keras jika Iran memulakan serangan balas.

“Semua kenyataan media ini sebagai pemberitahuan kepada Kongres bahawa AS akan bertindak lebih keras jika Iran menyerang.”

Amerika Syarikat menghabiskan Dua Trilion Dolar pada Peralatan Ketenteraan. Kami adalah yang terbesar dan TERBAIK di dunia! Jika Iran menyerang Pangkalan Amerika, atau mana-mana orang Amerika, kami akan menghantar beberapa peralatan baru tanpa ragu-ragu.”

Kredit: Twitter Donald J. Trump, Express.co

Nur Farra