Siakap Keli

Tak Tinggal Solat Tahajud, Bersedekah Jadi Amalan Terakhir Pendakwah Ini Sebelum Meninggal Dunia

Seorang anggota terbaik Arsyada Al-Fattah, Subhan Rosyid dilaporkan meninggal dunia pada 5 Januari 2020 di Karangau Banyumas kerana dilanggar lari.

Seorang pengguna Facebook Muhammad Faizar telah berkongsi dan memuat naik di laman media sosialnya tentang perkhabaran menyedihkan itu.

Semoga Pak Subhan diberikan syahid oleh Allah dan ditempatkan di kedudukan paling tinggi di sisiNya.

Saya bersaksi bahawa selama Pak Subhan masih hidup, arwah tidak pernah putus untuk solat tahajud. Meskipun dalam keadaan yang penat kerana tugas dakwah yang berat tapi beliau masih melaksanakan solat malam.

Beliau adalah contoh anggota yang bersederhana dan penuh ketawadhuan.

Aktiviti beliau yang terakhir sebelum meninggal dunia adalah menyampaikan amanah orang ramai yang berupa sedekah nasi bungkus di kawasan bandar Purwokerto.

Selamat mengghadap Allah ArRahim denagn penuh ketenangan dan kedamaian pak Subhan. Kami merindukanmu, semoga Allah pertemukan kita semua di syurgaNya kelak tanpa merasakan azab.

Dan untuk pelaku yang tidak bertanggungjawab, anda akan berhadapan denagn hukum Allah dan saksi-saksiNya yang tidak pernah berdusta. Kami akan cari anda sampai untuk anda bertanggungjawab denagn apa yang telah anda lakukan.

Sumber : Facebook 

Nurul Alia Ali

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)