Siakap Keli

Lelaki Ini Miliki 39 Isteri, 94 Anak Dan 33 Orang Cucu, Berniat Nak Kahwin Seorang Lagi Wanita

Seorang lelaki dari India, Ziona Chana yang sudah mempunyai 39 isteri, 94 anak dan 33 cucu merasakan bahawa keluarganya masih tidak lengkap. Kisah ini dipetik dari portal berita Reuters pada tahun 2011. Mungkin keluarga Ziona ini sudah semakin besar selepas 9 tahun berlalu

Malah, Ziona Chana sangat terbuka jika diberi peluang untuk berkahwin lagi yang mana akan menjadikan jumlah bilangan isterinya sebanyak 40 orang.

Menurut Reuters, seluruh keluarga itu tinggal bersama. Mereka tinggal di sebuah bangunan 4 tingkat. Struktur bangunan yang sebesar 100 bilik telah dipecahkan dan dibahagi kepada beberapa bahagian bilik. Ziona memiliki bilik peribadinya sendiri tapi dekat dengan bilik isteri-isterinya.

Selain itu, bilik untuk anak-anak Ziona dan isteri-isteri mereka disediakan dalam rumah itu.

Salah satu bahagian yang digunakan oleh semua orang dalam rumah itu adalah dapur.

Seluruh keluarga bekerja bersama dalam memastikan semua urusan umah dapat diselesaikan.

Contohnya, anak perempuan bertugas untuk mencuci pakaian dan membersihkan rumah. Anak lelaki pula bekerja dengan menternak atau pun bertani.

Ziona memang ingin berkahwin satu lagi yang akan menjadikan isterinya cukup 40 orang. Walaubagaimanapun aktiviti memasak diserahkan kepada 39 isteri Ziona. Tugas memberi makan kepada ramai orang adalah salah satu tugas yang sangat mencabar.

Purata makanan harian mereka ialah sebanyak 90 kilogram beras dan 58 kilogram kentang. Meskipun perkara ini nampak aneh dan tidak biasa bagi sesetengah orang namun ini lah kehidupan Ziona sekeluarga yang normal.

Ziona menikahi isteri pertamanya sewaktu dia berusia 17 tahun manakala isteri pertamanya pula 20 tahun.

Selain itu, Ziona juga dikatakan pernah mengahwini 10 wanita dalam masa satu tahun.

“Saya memiliki ramai isteri untuk menjaga saya, saya menganggap diri saya sangat beruntung”, katanya kepada Reuters.

Sumber : Reuters, Wiki

Nurul Alia Ali

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)