Siakap Keli

Walau Jari Jemari Tak Sempurna, Tulisan Surah Al-Fatihah Anak Ini Buat Ibu Terharu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Walaupun seseorang itu mempunyai kekurangan di mata orang lain, namun sebaliknya dia juga mempunyai kelebihan atau keistimewaannya yang tersendiri.

Perkara ini telah dikongsikan oleh seorang ibu di Facebook dimana walaupun anaknya Alif Firdaus disahkan mengalami masalah kulit sejak lahir iaitu epidermolysis bullosa atau kulit rapuh, anaknya mampu menulis tulisan jawi dengan sempurna dan kemas.

Selain itu, penyakit yang dialami anaknya itu membuatkan jari jemari anaknya tidak terbentuk dengan sempurna disamping kulit di seluruh badannya yang mudah terkoyak kerana kulitnya yang terlalu rapuh.

Tetap semangat untuk dapatkan ilmu

Alhamdulillah, dah masuk darjah 3 hero umi dan papa, cepat je masa berlalu. Syukur pada Mu ya Allah, Kau permudahkan segala urusan kami, walaupun terlalu banyak dugaan dan cabaran yang terpaksa kami tempuhi. Semangat adik yang terlalu kuat kadang-kadang membuatkn umi rasa terharu. Walaupun adik tak macam kanak-kanak lain tapi adik mampu berdikari, tak pernah merungut dan tetap bersemangat untuk mendapatkan ilmu. Umi bangga dengan kekuatan yang Allah berikan pada adik, anugerah yang tak ternilai buat umi dan papa. Semoga tahun baru ni semangat adik bertambah kuat, ceria dan sntiasa tersenyum. Umi papa sayang adik dunia akhirat.

Menurut penulisan ibunya itu, Alif seorang anak yang ceria dan tidak pernah merungut dengan kekurangannya itu.

Walaupun jari jemari adik tak sempurna seperti kanak-kanak lain tapi tulisan adik tetap cantik dan kemas, kalah abang dan kakak. Tulisan umi pun takleh secantik tulisan adik tau. Kalau ikutkan memang susah adik nak menulis disebabkan jari jemari adik yang dah melekat antara satu sama lain tapi adik tetap semangat. Semoga adik sntiasa dibawah lindungan Allah.

Selain itu, dengan kekurangan yang ada, anaknya tidak pernah mengalah dan putus asa.Si ibu turut meluahkan rasa bangga dengan kelebihan anknya yang mampumenulis tulisan jawi dengan sangat baik dan kemas walaupun tangannya tidak sempurna.

Sumber : Facebook Ruz Dyah

Nurul Alia Ali

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)