Siakap Keli
Foto: Reasahalharmain

(Video) Kisah Pengalaman Kumpulan Muallaf Mengalir Air Mata Lihat Kaabah Depan Mata

Menjejak kaki ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan umrah atau haji adalah satu impian untuk umat Islam di seluruh dunia. Hanya insan terpilih sahaja dapat menjejak kaki ke sana. MasyaAllah!

Seperti perkongsian di laman Twitter Masood Asghar ini menunjukkan sekumpulan ‘saudara baru’ buat pertama kalinya menjejak kaki ke Mekah untuk tunaikan umrah. Mereka sangat bertuah kerana dipilih Allah SWT untuk menjadi tetamu di sana.

Bagaimanapun, ramai yang teruja dan sebak dengan melihat foto mereka mengalirkan air mata di hadapan kaabah untuk pertemuan kali pertama.

Dalam satu ciapan, terdapat salah seorang jemaah yang bersama-sama hadir dengan insan ini.

Saya rasa sangat diberkati berada dalam kumpulan yang sama. Semoga Allah SWT memberkati kita semua.

Wanita ini menerangkan bahawa mereka terpilih dalam program yang bernama ‘World Umrah’. Mereka semua datang daripada pelbagai negara termasuklah United Kingdom, Jerman, Perancis, Finland, Rusia dan beberapa negara lain.

Program yang dijalankan itu hanyalah untuk saudara baharu yang memeluk Islam selepas dua tahun nama mereka akan terpilih dalam program tersebut. Seperti perkongsian daripada wanita ini, dia memeluk Islam sejak tahun 1998 da tidak pernah menjejak kaki ke Mekah. Ini adalah pengalamannya untuk kali pertama.

Semoga Allah menerima amalan kita semua.

 

Sumber: Masood Asghar

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)