Siakap Keli

Kanak-Kanak Perempuan Ditemui Di Kajang, Polis Jejak Ibu Bapa

KUALA LUMPUR, 10 Jan – Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun ditemui dalam keadaan bersendirian di Jalan Taman Megah 2A, Taman Megah di Kajang, dekat sini hari ini.

Kanak-kanak berambut lurus hingga paras leher dan memakai baju-T berwarna hitam dengan tulisan “Puma” serta berseluar panjang warna hitam itu ditemui pada pukul 2 petang oleh orang awam.

Sehubungan itu, polis kini menjejaki ibu bapa atau penjaga kanak-kanak itu, kata Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof.

“Berdasarkan rupa paras dipercayai berbangsa Melayu atau Indonesia dan kanak-kanak itu berada dalam keadaan sihat.

Kanak-kanak perempuan itu dihantar ke Hospital Kajang untuk menjalani pemeriksaan fizikal menyeluruh sebelum diserah kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kanak-kanak itu diminta menghubungi balai polis terdekat atau Pegawai Penyiasat iaitu Insp Nurfaezatul Akma Rofiee di talian 017-5443931.

 

Sumber: Bernama

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)