Siakap Keli

(Video) Siaran Langsung Gerhana Bulan Penumbra Di Seluruh Dunia, Termasuk Malaysia

Berikut dikongsikan siaran langsung kejadian Gerhana Bulan Penumbra. Sekali lagi selepas Gerhana Matahari Cincin hari ini rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena unik ini.

Fenomena ini akan berlangsung dari pukul 1.07 pagi dan bakal berakhir pada waktu 5.12 pagi.

Kedudukan Bulan, Bumi dan Matahari yang hampir sejajar dakan menyebabkan bayang-bayang Bulan memasuki Bumi. Kejadian ini hanya berlaku ketika bulan purnama. Umumnya gerhana bulan berlaku apabila bumi menghalang cahaya matahari dari jatuh ke atas bulan.

Gambar Kedudukan Matahari, Bumi dan Bulan serta bayang Umbra dan Penumbra krtika Gerhana Bulan
Ini adalah gambar bulan ketika Gerhana Bulan Separa Dan Gerhana Bulan Penuh

Menurut Jabatan Mufti Johor, sepanjang tahun 2020 ini akan berlaku sebanyak 3 kali gerhana bulan. Kesemuanya adalah Penumbra.

Para ulama sepakat menetapkan syarat bahawa solat gerhana hanya akan dilaksanakan ketika jelas kesan gelap di bulan. Namun gerhana bulan penumbra yang berlaku sepanjang tahun ini tidak mudah untuk dikenal pasti oleh mata kasar.

Walaupun dari sudut ilmu falak ia dinamakan gerhana, namun kerana syarat gelap yang nyata itu tidak dipenuhi maka solat sunat gerhana tidak disyariatkan.

Mufti

https://www.youtube.com/watch?v=xo2Qzo7Tauc

https://www.youtube.com/watch?v=OUBhrNEfqxI

https://www.youtube.com/watch?v=7h37vPOvrEU

https://www.youtube.com/watch?v=IVRkfAncSBQ

https://www.youtube.com/watch?v=PcNRhHunpIM

 

Sumber: Jabatan Mufti Johor, Jabatan Mufti Selangor, Planetarium Negara

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)