Siakap Keli

Kanak-Kanak 4 Tahun Hilang Penglihatan Selepas Disyaki Dijangkiti Influenza B

Seorang kanak-kanak berusia 4 tahun  menderita akibat hilang penglihatan selepas mengalami serangan teruk virus influenza B tersebut.

Kanak-kanak ini berasal daripada Lowa City yang mengidap virus selsema Influenza B sebelum hari krismas lalu. Mangsa disahkan oleh pihak hospital menghidap influenza B.

Jumlah mangsa pada tahun ini meningkat kepada 32 orang  dan mengakibatkan 21 kes kematian.

Menurut keluarga kanak-kanak ini, dia menunjukkan simptom pada 19 Disember lalu. Pada pagi 24 Disember mereka mendapati badan anaknya tidak memberi respon dan suhu badan meningkat tinggi.

Dengan keadaan cemas mereka membawa mangsa ke bilik kecemasan di hospital berdekatan dengan kediaman mereka. Anak mereka menderita apabila badan menjadi kejang dan anak matanya bergerak kebelakang arah kepala.

“Saya tidak fikir akan melihatnya lagi ketika itu,” sayu ucapan ibu kepada anaknya.

Influenza B ini sudah mula aktif dalam badan anaknya dan menyerang terus organ termasuk otak menyebabkan berlaku pembengkakan pada otak.

Selepas anaknya bangun daripada tersedar , doktor mengesahkan ada sesuatu masalah berlaku pada si kecil ini. Anak kecil ini tidak lagi dapat melihat mainan di hadapannya serta permandangan sekitarnya. Dia baru tersedar anaknya mengalami masalah penglihatan selepas menghidap influenza B.

Selain itu, anak kecil ini mempunyai masalah kognitif atau perkembangan ketidakupayaan pembelajaran pada masa akan datang.

“Dia bernasib baik kerana dia masih hidup. Dia seorang pejuang kecil dan saya rasa amat bertuah,” kata ibunya.

Kini, ibu bapa kanak-kanak ini memberi amaran kepada ibu bapa di luar sana untuk memberi vaksin kepada anak-anak.

Satu kajian pada tahun 2014 menunjukkan bahawa vaksin influenza dapat mengurangkan risiko pada kanak-kanak terkena jangkitan tersebut.

Pada Jumaat lepas, pegawai Kesihatan Michigan mengumumkan bahawa dua kanak-kanak meninggal dunia akibat selsema pada tahun 2019-2020.

Sumber: Twitter

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)