Siakap Keli

Kritikal & Disyaki Hidap Influenza, Adik Dinie Damia Dilaporkan Meninggal Dunia

Johor Bahru- Murid tahun satu yang kritikal dan disyaki menghidap influenza disahkan meninggal dunia pada jam lebih kurang 10.30 malam tadi.

Nur Dinie Damia Muhammad Noor Ain, 7, sebelum ini  dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Menurut Sinar, khabar ini disampaikankan bapanya melalui mesej ringkas kepada wartawan.

“Anak saya dah tiada. Innalillahiwainnailaihirojiun,” tulisnya.

Jenazah Nur Dinie dilaporkan dibawa ke bilik mayat Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk proses bedah siasat.

Sebelum ini, murid yang bersekolah di Johor Bahru itu dimasukkan ke hospital selepas dipercayai menghidap influenza A dan mengalami komplikasi lain, lapor Sinar.

Sumber: Sinar Harian

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.