Siakap Keli
Gambar: KKM

Difitnah Nak Merompak Di Media Sosial, KKM Jelaskan 2 Orang Staf Memang Sedang Jalankan Tugas

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai kisah dua orang anggota daripada pejabat kesihatan yang dikatakan ‘difitnah’ sebagai perompak oleh invidu yang tidak bertangungjawab.

Tampil menjelaskan ‘tuduhan’ tidak berasas yang dilakukan oleh individu tersebut, Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini memberi penjelasan yang sebenar kepada masyarakat supaya tidak disalah ertikan.

Penjelasan Kementerian Kesihatan Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kecewa dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang telah merakam gambar dan memfitnah dua kakitangan kami ketika sedang bertugas.

KKM memandang serius perbuatan ini dan telah membuat laporan polis kerana mengganggu tugas penjawat awam dan memfitnah.

Pada hari kejadian iaitu 9 Jan 2020, dua kakitangan kami ini sedang melakukan Active Case Detection (ACD) bagi Malaria.

Dua kakitangan kami ini telah mematuhi semua prosedur yang ditetapkan seperti menunjukkan kad kuasa kepada penghuni rumah dan melakukan siar raya menggunakan kenderaan jabatan sebelum aktiviti ACD dijalankan.

Justeru, tindakan merakam gambar, menfitnah dan menyebarkan di media sosial adalah satu kesalahan serius dan amat dikesali.

KKM amat berbangga dengan dua kakitangan ini iaitu seorang Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (dahulu dikenali sebagai Inspektor Kesihatan) dan Pembantu Kesihatan Awam yang sabar dan tidak bertindak di luar batasan sebagai kakitangan awam walaupun dilayan secara tidak adil serta difitnah.

Jika ia melibatkan isu keselamatan, orang awam boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau pihak Polis jika merasa ragu-ragu dan bukannya bertindak seperti ini.

KKM berharap kes ini menjadi pengajaran kepada orang awam supaya tidak bertindak keterlaluan kepada kakitangan awam yang bersungguh-sungguh melaksanakan tugas yang diamanahkan demi menjaga kesihatan dan kesejahteraan rakyat semua.

 

Sumber: KKM

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)