Siakap Keli
Sumber: AFP Image

Rakyat Australia Keluarkan Petisyen, Gesa Hantar Koala Ke New Zealand

Satu kempen masyarakat di Australia menggesa koala yang kehilangan habitat akibat kemusnahan kebakaran dipindahkan ke sebuah ladang kayu putih di New Zealand.

Krisis kebakaran dahsyat telah memusnahkan populasi spesies marsupial tersebut dimana satu pertiga koala di New South Wales dipercayai mati dalam kejadian tersebut.

Susulan daripada kejadian ini, satu petisyen dicipta untuk mengesa kerajaan Australia bertindak memindahkan haiwan ini berikutan 11 juta hektar kawasan tersebut dijilat api.

Menurut kenyataan petisyen ‘Koala Relocation Society’, populasi koala semakin terancam dan tidak berdaya maju untuk memain peranan penting dalam ekosistem di Australia.

Kempen menerusi change.org turut memaklumkan kepada Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern bahawa negara itu mempunyai kawasan hampir 30,000 hektar tanaman kayu putih yang dapat menjadi habitat baharu untuk menyelamatkan spesies terbabit.

Sebelum ini, Yayasan Koala Australia menganggarkan terdapat kurang daripada 100,000 koala pada awal 2019.

Sehingga tengah hari semalam, petisyen tersebut telah ditandatangani 7,500 individu, namun jurucakap Ardern mengesahkan kerajaan kini memberi fokus terhadap bantuan untuk mengawal kebakaran di Australia bagi membolehkan koala tinggal di habitat asal mereka.

Kira-kira satu bilion koala dan haiwan lain terkorban dalam kebakaran belukar di negara tersebut.

 

Sumber: Sinar harianĀ 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)