Siakap Keli

Dalam Masa Tak Sampai 2 Bulan, Remaja Ini Mampu Hafal 30 Juzuk Al-Quran & Jadi Hafizah

Seorang gadis dari Indonesia mencetuskan rasa kekaguman dalam kalangan penduduk sekeliling apabila hanya mengambil masa sebulan lebih untuk menghafaz 30 juzuk ayat Al-Quran.

Menurut Rakyat News, Imelda Fitriani yang menuntut di Santriwati Pondok Pesantren Darussalam, Garut, Jawa Barat tidak dapat menggambarkan perasaan gembiranya apabila menerima sijil tamat pengajian dan bergelar seorang hafizah.

Beliau turut berkongsi tips yang diamalkannya sehingga mampu menjadi seorang hafizah dalam tempoh yang singkat.

”Yang pertama, niat harus kerana Allah. Maka semuanya menjadi lebih mudah,” katanya.

Bercita-cita mahu menjadi seorang doktor, Imelda memberitahu beliau turut tidak terlepas daripada dugaan dan godaan sepanjang menuntut ilmu disitu.

”Alhamdulillah, Allah menunjukkan jalan untuk saya sentiasa mengingati Al-Quran sehingga akhirnya saya berjaya menjadi hafizah,”.

Sumber: Rakyat News

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.