Siakap Keli

”Gigih Sorong Kerusi Roda Berkilo Meter Ke Masjid..” Kasih Sayang Isteri Temani Suami Demi Tuntutan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya mengimpikan kebahagiaan yang berpanjangan sehingga ke akhir hayat. Dikurniakan pasangan yang sanggup mengharungi susah dan senang walau sudah di usia emas, menjadi satu nikmat yang harus disyukuri.

Seperti perkongsian oleh seorang wanita, Natipah Abu, mengenai kisah satu pasangan suami isteri yang meruntun hatinya. Dengan kudrat yang tersisa di usia senja, si isteri masih gigih menyorong kerusi roda suaminya sehingga jauh berkilo meter demi kasih dan cinta.

SETIA SEORANG ISTERI ….

Ini kali kedua Kak Pah nampak pasangan suami-isteri warga emas ini di tengah pekan. Si isteri yang berusia sekitar 60an itu setia menyorong kerusi roda suami yang sudah lewat 80an usianya.

Pertama kali melihat pasangan ini .. perasaan simpati yang amat sangat meruntun hati. ”Ya Allah… tentu letih sekali…” hati merintih sendiri. Seminggu.. biasanya dua kali si isteri yang setia ini akan menyorong kerusi roda suami berkilo meter jauhnya ke pekan.

Si suami diberikan sekaki payung untuk berlindung dari terik matahari atau basahnya hujan membantai wajah manakala si isteri pula tabah merelakan tubuhnya diratah teriknya matahari atau dimamah dinginnya hujan yang turun.

Ini bukan kisah anak-anak yang tidak memperdulikan mak-ayah kerana anak-anak pernah membawa kedua mereka tinggal bersama anak.

Tetapi sudahnya.. pasangan ini memilih balik ke rumah mereka dan hidup berdua juga. Ini kisah kesetiaan seorang isteri yang setia melayani suami yang sudah lanjut usia itu dengan penuh kasih sayang tanpa pernah membantah atau menolak.

Si isteri tidak pandai hatta menunggang basikal pun jauh sekali menggunakan kenderaan yang lain. Maka inilah satu-satunya cara yang beliau mampu untuk berkhidmat kepada suami tercinta.

Setiap hari jumaat.. beliau akan ”menghantar” suami ke masjid. Bukan tiada jiran-tetangga yang sudi tumpangkan bahkan sudah puas mereka mengajak… tetapi si suami tetap enggan.

Maka setiap jumaat.. si isteri akan menyorong kerusi roda ini lebih dua kilometer jauhnya untuk ke masjid. Seawal jam 11 pagi mereka sudah pun keluar rumah.

Begitulah… sebuah kisah kehidupan di usia emas kita sukar diramal. Kita tidak pernah tahu apa yang akan terjadi kepada emosi dan daya ingatan kita bila usia semakin senja.

Yang pasti hati tertanya sendiri… ”Kalau aku ditempat mak cik tu.. sanggupkah aku begitu…”

Sumber : Natipah Abu

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Tambah komen

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.