Siakap Keli

Kajian Sains Buktikan Anak Yang Bijak Datangnya Dari Seorang Ibu

Adakah anda tahu bahawa terdapat satu kajian telah dibincangkan oleh Psychology Spot yang menunjukkan kebijaksanaan anak-anak sebenarnya diwarisi dari seorang ibu.

Ia berkait rapat dengan genetik kepandaian yang dibawa banyak oleh kromosom X.

Hal ini kerana, wanita membawa dua kromosom X manakala lelaki pula membawa satu kromosom X dan Y. Justeru itu, kepintaran dan kebijaksanaan anak-anak banyak disumbangkan oleh kromosom ibu.

Selain itu, terdapat juga kajian yang terdahulu pada tahun 1994 oleh Medical Researsch Council Social dan Public Health Sciences Unit, satu kajian kaji selidik telah dijalankan keatas 12,686 orang yang berusia 14 hingga 22 tahun.

Hasil kajian mendapati tahap IQ yang tinggi kebanyakkan datang dari ibu mereka.

Peranan ibu yang membesarkan anak sejak dari kecil hingga menjadi ikutan anak-anak turut dibincangkan dari sudut psikologi yang menyokong fakta bahawa kebijaksanaan anak adalah dari ibunya.

Walaubagaimanapun, kajian ini tidak menafikan atau menolak fungsi bapa yang turut menyumbang kepada kepintaran anak-anak. Terdapat kajian yang menunjukkan bapa yang berusia mempunyai anak yang lebih bijak daripada bapa muda.

Sumber : Reader Digest

Nurul Alia Ali

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)