Siakap Keli

Mudah Ditindas, Kaum Wanita Samburu Di Kenya Wujudkan Kampung Tanpa Lelaki

Penduduk Samburu di Kenya telah memperkenalkan satu kawasan untuk melindungi wanita dan kanak-kanak. Kampung ini adalah bebas daripada  kaum lelaki.

Hal ini kerana perkampungan Samburu yang masih menggunakan sistem patriarki yang ketat telah menyebabkan wanita tidak dapat mempertahankan diri daripada keganasan kaum lelaki dan menyebabkan mereka mudah ditindas.

Kaum wanita yang dikenali sebagai Umoja telah nekad untuk membina kawasan mereka sendiri dan hidup dengan hasil kraf tangan yang dijual kepada pengunjung dan pelancong di situ.

Walaubagaimanapun, kaum lelaki yang terdapat di kampung Umoja sangat membantah pembinaan kampung ini dengan menyifatkan ia akan mendatangkan pelbagai masalah .

Tambahan lagi, mereka turut mendakwa yang wanita tidak pandai menguruskan diri.

Sumber : Vice

Nurul Alia Ali

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)