Siakap Keli

Orang Gaji Campur Air Kencing, Darah Dan Air Liur Dalam Makanan Majikan Gara-Gara Takut Dimarahi

Seorang pembantu rumah yang berkhidmat dengan sebuah keluarga di Singapura ditahan kerana mencampurkan nasi bersama air kencing, air liur dan darah haidnya dengan harapan majikannya bersetuju dan tidak memarahi prestasi kerjanya.

Pembantu rumah itu juga mencuri sejumlah $13,300 yang bersamaan dengan RM40 dari peti simpanan majikannya di antara Ogos 2017 dan Jun 2018. Wanita 30 tahun itu telah dijatuhkan hukuman penjara selama enam bulan dan tujuh minggu setelah disabitkan bersalah pada Isnin lalu.

Sebanyak empat pertuduhan dihadapkan kepadanya iaitu dua pertuduhan melakukan kerosakan dan satu pertuduhan kecurian serta tuduhan keempat dipertimbangkan.

Dalam perbicaraan tersebut, mahkamah mendapati bahawa wanita itu mula bekerja dalam rumah tersebut yang terdiri daripada enam keluarga dari tiga generasi pada tahun 2017. Pada Ogos 2019, dia nekad untuk mencampurkan air kencing, air liur dan darah haid ke dalam cerek air dan ia sememangnya diminum oleh ahli keluarga terbabit.

Pendakwa menyatakan bahawa lebih daripada satu jenis cairan di dalam tubuh badannya telah diletakkan di dalam nasi dan air dengan niat untuk diberi makan kepada ahli keluarga tersebut.

Sumber: Channel News Asia

Sofea Shahira

There's always another side to every story

Tambah komen

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.