Siakap Keli

(Video) Mulut Sempat Sebut Kalimah ”LailahaillAllah”, Detik Sheikh Dijemput Ilahi Ketika Ceramah

Tular, satu video memaparkan berkenaan dengan seorang Sheikh yang ditakdirkan dijemput Ilahi ketika sedang memberi ceramah.

Sheikh tersebut dikatakan meninggal dunia ketika memberi ceramah yang dipercayai berlaku di Kuwait pada 9 Januari 2020 yang lalu.

Pada awalnya, Sheikh tersebut tidak menunjukkan apa-apa petanda yang boleh dikaitkan dengan masalah kesihatan. Dia dilihat secara santainya memberi ceramah kepada beberapa orang yang terdapat dalam satu bilik tersebut.

Selang beberapa minit kemudian, ketika beliau sedang menceritakan tentang Nabi Muhammad S.A.W, Sheikh tersebut tiba-tiba kelihatan lemah dan tidak dapat meneruskan ceramah.

Selepas Sheikh tersebut mengucapkan kalimah syahadah, suaranya telah terdengar seakan tidak berupaya lagi dan kelihatan bagaikan sedang sesak nafas.

Beberapa orang yang duduk berdekatan dengan beliau bertindak mendekati beliau setelah perasan akan situasi tersebut bagi menolong Sheikh itu.

Kematian yang dicemburui, itulah yang dapat dikaitkan dengan video yang berdurasi selama 1.22 saat ini.

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat sebanyak lebih 5 ribu tontonan daripada netizen di Facebook.

Semoga Sheikh tersebut ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

How Can you disobey or deny the existence of Allah?

A Shaikh while giving lecture in comfort as soon as saw the angel of the Death utters لا اله الا الله there is none worthy of worship except Allah. now how can you deny the existence of Allah? this happened yesterday night in Kuwait. (9th Jan, 2020)

Posted by Otsuka Masjid (Mosque) on Friday, 10 January 2020

Baca: Negara 4 Musim Terdekat, Ini Antara Sebab Ramai Orang Nak Sangat Pergi Australia

Sumber: Otsuka Masjid (Mosque)/Gulf Today

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Tambah komen

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.