Jangan biarkan anak dan diri anda dibelenggu dengan gejala influenza. Simptom ini merupakan tanda awal berkemungkinan badan anda dijangkiti virus influenza jika tidak dirawat dengan segera, ia boleh membawa komplikasi serius sehingga ada yang meragut nyawa.
Umum mengetahui jangkitan virus ini sangat mudah merebak daripada satu individu ke individu yang lain sama ada menerusi sentuhan atau dijangkiti daripada cecair dari hidung.
Jadi, kenali 8 jenis gejala untuk virus influenza pada diri anda;
Demam panas
Batuk
Sakit Kepala
Sakit tekak
Menggigil
Muntah
Cirit-birit
Letih lesu

Mari sama-sama kita bertindak sesuatu untuk kesihatan tubuh badan dan lakukan langkah pencegahan secara berterusan supaya tidak dijangkiti dengan virus yang kian menular di negara kita.
Sumber: KKM