Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Jangan Abaikan, Ini Tanda Kompresor “Aircond” Lemah Yang Semua Pemandu Perlu Tahu
Kompresor adalah salah satu komponen penting dalam sistem penghawa dingin kereta.
Ia berfungsi untuk mengepam dan menekan gas pendingin agar udara sejuk dapat diagihkan ke seluruh kabin.
Namun, seperti komponen mekanikal lain, kompresor juga tidak terlepas daripada kehausan dan kerosakan dari masa ke masa.
Apabila kompresor mula menunjukkan tanda-tanda kelemahan, prestasi penghawa dingin kereta akan merosot, menyebabkan perjalanan menjadi kurang selesa, terutamanya pada cuaca panas.
Menyedari tanda awal masalah kompresor bukan sahaja membantu mencegah kerosakan yang lebih serius, tetapi juga dapat menjimatkan kos pembaikan.
Jadi, SK hari ini ingin kongsikan beberapa tanda-tanda yang menunjukkan kompresor kereta anda semakin lemah.
Untuk makluman pembaca, tip berkenaan diambil daripada perkongsian mekanik menerusi TikTok @Altimat Auto Garage.
Sekiranya enjin kereta anda hidup, penghawa dingin akan berfungsi dengan baik dan udara tetap sejuk ketika kereta diparkir. Namun, apabila memandu atau menekan pedal minyak untuk mempercepatkan kereta, udara penghawa dingin mula menjadi panas.
Ini adalah tanda paling mudah untuk mengetahui sama ada kompresor kereta anda sudah mula lemah.
Kenapa ia boleh berlaku? @Altimat Auto Garage menjelaskan apabila kereta tidak digerakkan, kompresor tidak terdedah kepada tekanan yang tinggi.
“Tetapi apabila kereta bergerak, RPM enjin meningkat dan tekanan dalam sistem juga naik. Jadi, kompresor terpaksa bekerja lebih keras,” ujar mekanik itu.
Namun begitu, jika kompresor sudah lemah, contohnya komponen piston sudah haus atau longgar dan magnetic clutch sudah haus, ia tidak dapat memberikan tekanan yang mencukupi untuk sistem penghawa dingin berfungsi dengan baik.
Menurut @Altimat Auto Garage, salah satu faktor ialah umur kompresor yang mungkin sudah terlalu lama.
Selain itu, komponen bearing dan piston yang sudah longgar, serta magnetik clutch yang haus, turut menyumbang kepada kelemahan kompresor. Difahamkan, ketiadaan servis berkala kereta juga boleh menjadi punca kompresor menjadi lemah.
“Periksa dahulu di bengkel jika kompresor sudah lemah dan penghawa dingin tidak stabil. Kalau betul puncanya daripada kompresor, memang tidak boleh sekadar tambah gas
“Jawapannya memang perlu menukar kompresor baharu,” jelas mekanik lagi.
Sumber: @altimatautogarage