Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Terimbau Memori Lama, Cef Luar Negara Teruja Jumpa Buah Ini Di MYDIN

Athirah
Cef Luar Negara Teruja
Kredit: @alistairjdjeje via TikTok

Terimbau Memori Lama, Cef Luar Negara Teruja Jumpa Buah Ini Di MYDIN

Setiap individu pastinya mempunyai makanan kegemaran tersendiri, sama ada yang diperoleh daripada kedai makan mahupun hasil air tangan ibu di rumah.

Namun, seiring dengan peningkatan usia, ada kalanya hidangan tersebut hanya tinggal sebagai kenangan. Mungkin sudah lama tidak disediakan ataupun semakin sukar diperoleh.

Apabila berpeluang menemui semula makanan tersebut, pastinya timbul rasa gembira, seolah-olah dibawa kembali ke memori lama yang sarat dengan nostalgia.

Cef luar negara seronok jumpa buah ini di pasaraya Malaysia

Baru-baru ini, sebuah video menjadi tular di media sosial apabila seorang cef fusion dan penulis buku masakan di Ireland iaitu Alistair Jeje berkongsi keterujaannya setelah menemui pisang tanduk ketika mengunjungi salah sebuah cawangan pasaraya MYDIN.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @alistairjdjeje di TikTok, beliau yang dikenali sebagai JD menunjukkan sesikat pisang tanduk muda yang tergantung di ruangan paparan pasar raya.

“Cuba teka saya jumpa apa? Pisang tanduk iaitu plantain. Saya jumpa (pisang tanduk) di Malaysia

“Saya tahu ia ditanam di sini. Saya sangat gembira dapat jumpa pisang tanduk di pasar raya ni,” katanya.

“Throwback” zaman kanak-kanak selepas jumpa pisang tanduk

Dalam pada itu, @alistairjdjeje turut berkongsi bahawa pisang tanduk merupakan salah satu makanan kegemarannya semasa zaman kanak-kanak.

Menemui buah tersebut ketika membeli-belah membuatkan beliau terimbau kembali memori lama.

“Tak kiralah anda panggil ia pisang tanduk, tetapi rasanya membuatkan saya teringat rumah. Sama ada dipanggil plantain atau dodo, menjumpai bahan ini di MYDIN hari ini benar-benar menceriakan minggu saya

“Dapur saya selepas ini akan harum seperti zaman kanak-kanak saya dahulu! Saya sangat gembira dapat menemui bahan yang menghubungkan akar asal-usul saya dengan tempat saya berada sekarang,” katanya di ruangan kapsyen.

BACA: CEO Fibrebond Kongsi RM974 Juta Bonus Kepada 540 Pekerja
BACA: Insiden Helikopter: Seorang Pegawai TLDM Dirawat Di Unit Rawatan Rapi
BACA: Penyanyi Terkenal AS, Beyoncé Rasmi Bergelar Bilionair

Sumber: @alistairjdjeje via TikTok