Terkini

Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Jenayah
Dua Lelaki Ditahan Kes Penemuan Anggota Badan Wanita Di Indah Permai
Luar Negara
Dua Kapal AS Bertembung Di Caribbean
Trivia
SKOMKHPKJCDPWB, Singkatan Terpanjang Di Dunia Ada Di Perak
Berita
Pelajar UPSI Ditemukan Lemas Ketika Berkelah Di Sungai Bernam
Selera
Menu Bujang, Ini Resipi Spaghetti Goreng Mudah & Ringkas
berkebun 7 tip
Gambar: ImageFX

Berminat Nak Berkebun? Ini 7 Tip Anda Perlu Tahu

Aina Munirah

Berminat Nak Berkebun? Ini 7 Tip Anda Perlu Tahu

Bagi individu yang gemar berkebun, ia merupakan satu aktiviti yang dianggap boleh memberi manfaat kepada sekeliling.

Malah, yang meminati aktiviti berkebun pasti akan mencuba mencari tanah-tanah atau ruang kosong untuk mengusahakan tanaman mereka.

Selain dari menanam di tanah lapang yang luas, hingga menanam di kawasan persekitaran rumah, semuanya pasti akan mendatangkan hasil sekiranya diusahakan dengan baik.

Bukan itu sahaja, kehadiran pokok-pokok hijau, bunga berwarna-warni, serta tanaman sayur-sayuran mampu memberi suasana yang segar dan nyaman.

Namun begitu, mengusahakan kebun atau tanaman bukanlah satu perkara yang mudah. Sebelum memulakannya, anda perlu tahu terlebih dahulu apa perkara utama yang perlu dititikberatkan.

Tujuh Tip Bagi Golongan Pemula

Tentukan lokasi yang betul

Memilih lokasi yang betul untuk kebun sayuran anda adalah sangat penting. Anda dinasihatkan untuk memilih lokasi yang akan menerima banyak matahari kerana tanaman sekurang-kurangnya memerlukan enam hingga lapan jam pancaran matahari untuk membolehkan mereka kekal subur.

Namun, elakkan pula menanam di kawasan yang tertutup atau terhalang dengan pokok yang tinggi atau bangunan yang tinggi kerana ia akan menghalang cahaya matahari.

Selain itu, pastikan kawasan tersebut juga mempunyai saluran perairan yang baik kerana sekiranya hujan lebat, sekurang-kurangnya kawasan tersebut tidak bertakung dengan air.

Pelan susunan jenis dan saiz kebun

Tentukan berapa banyak ruang yang anda ada dan berapa besar kebun yang anda inginkan. Untuk pemula, kebun yang kecil atau hanya bekas kecil yang diletakkan di tepi koridor merupakan cara yang terbaik untuk memulakan.

Namun, dalam pelan tersebut juga, anda boleh pilih untuk menentukan petak ketinggian, tanah terus atau tanaman dalam bekas.

Tanaman dalam bekas sesuai untuk kawasan yang mempunyai ruang yang terhad. Pastikan juga anda tentukan di mana anda ingin menanam setiap sayuran dan pastikan anda tahu berapa banyak ruang yang diperlukan untuk mereka membesar.

Sediakan kawasan

Sebelum mula menanam, anda perlukan sediakan kawasan yang ingin dijadikan kebun terlebih dahulu. Bersihkan kawasan anda dari sebarang ranting kayu, batu-batuan atau kotoran.

Sekiranya anda menanam secara terus di atas tanah, pastikan tanah digemburkan hingga kedalaman 12 inci. Ini bertujuan untuk melonggarkan struktur tanah dan memudahkan akar untuk tumbuh.

Untuk yang menanam di dalam bekas pula, isi bekas anda dengan potting mix yang telah dikhusukan untuk tanaman di dalam bekas.

Campuran ini penting untuk memberi nutrien, memastikan saliran air yang baik dan menyokong pertumbuhan akar walaupun ruang tanaman terhad.

Pilih sayur-sayuran yang anda ingin tanam di kebun anda

Memilih sayuran yang betul juga sangat penting. Mulakan dengan sayuran yang mudah untuk tumbuh dan sesuai dengan cuaca.

Antara pilihan yang baik untuk pemula adalah tomato, salad, lobak merah, kacang panjang dan lobak putih.

Tanam sayuran

Setelah anda selesai menyediakan kebun anda dan sudah tahu apa yang hendak ditanam, anda boleh mula menanam sayuran yang dipilih.

Anda digalakkan untuk mengikuti arahan menanam yang telah ditulis pada pembungkus biji benih untuk hasil yang lebih baik.

Biasanya, anda perlu menanam biji benihnya pada kedalaman dua kali ganda dari saiznya.

Perhatikan binatang perosak dan penyakit

Pemantauan yang kerap amat penting untuk memastikan tanaman anda kekal subur. Siram tanaman anda secukupnya, terutamanya ketika musim kemarau.

Perhatikan juga serangan binatang perosak dan penyakit dan segera bertindak sekiranya anda mendapati tanaman anda bermasalah.

Anda juga boleh menambah lapisan mulsa di sekeliling tanaman anda untuk memastikan ia kekal lembap.

Kutip hasil tanaman anda

Untuk memastikan tumbuhan anda kekal tumbuh, anda perlu bersabar dan selalu mengawasinya. Mengutip hasil tanaman pada waktu yang tepat adalah sangat penting bagi memastikan kualitinya dalam keadaan terbaik.

Kebanyakan sayuran adalah bagus untuk dikutip sewaktu ia masih muda. Sebagai contoh, sayuran berdaun hijau seperti salad perlu dikutip sebaik sahaja daunnya masih rangup sebelum ia menjadi terlalu besar dan pahit.

Sumber:Slurrp