Siakap Keli

Derita Usus, Ginjal Diluar Badan, Bayi Pramatang Mohon Bantuan, Hanya Boleh Minum Susu Khas

Seorang bayi pramatang berusia 36 hari menderita pelbagai komplikasi penyakit termasuk usus dan ginjal berada di luar badan yang dikanali sebagai cloacal exstrophy.

Abdul Raihan mula dikesan mengalami komlikasi penyakit itu sewaktu masih berada di kandungan ibunya lagi pada usia 28 minggu.

Menurut bapanya, Abdul Rahim Razak, 26, isterinya, Nurul Suhada Che Mahmud, 25 bertemu doktor pakar untuk menentukan jantina mereka pada awalnya.

Doktor memaklumkan kepada pasangan itu yang jantina bayi mereka tidak dapat ditentukan kerana mengalami masalah pada tali pusat. Selepas usia kandungan 33 minggu barulah diketahui bahawa usus dan ginjal bayi mereka berada di luar badan.

Pada hari pertama dilahirkan, pihak hospital dikatakan menjalankan pembedahan pada bahagian usus.

Perkara tersebut menyebabkan bayi tersebut terpaksa membuang air besar melalui lubang yang ditebuk di bahagian abdomen kerana tidak mempunyai dubur selain hanya satu sahaja buah pinggang yang berfungsi.

Tambah Abdul Rahim, yang berkerja sebagai kelindan lori berkata anak keduanya itu turut mengalami kecacatan dinding abdomen iaitu major omphalocele, kekurangan hormon tiroid (hypothyroidism) serta mengalami masalah pembentuka organ pembiakan lelaki yang tidak sempurna sejak dalam kandungan.

Jantina Abdul Raihan terpaksa ditentukan melalui ujian DNA kerana organ kelakiannya tidak terbentuk dengan lengkap. Malah dia turut dikatakan mengalami masalah tulang belakang bengkok.

Dia dilahirkan dengan hanya seberat 1.8 kilogram pada 9 Disember di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan kini telah mencecah 2.4 kilogram.

Sebarang perkembangan mengenai masalah kesihatan bayi tersebut akan dimaklumkan pihak hospital pada April depan bergantung kepada kesihatan bayi itu.

Menurut bapanya, kemungkinan selepas ini anaknya itu akan menjalani pembedahan lagi bagi masalah buah pinggang dtau komplikasi penyakit yang lain.

Sementara itu, Nurul Suhada berkata sebagai seorang ibu pada mulanya tidak dapat menerima hakikat bayinya berdepan dengan pelbagai komplikasi penyakit.

Bagaimanapun, dia cuba belajar untuk menerima takdir itu dan akan berusaha yang terbaik bagi memastikan bayinya membesar dengan sihat. Dengan sokongan suami dan kedua-dua keluarganya itu.

Menurut Nurul Suhada, anaknya itu memerlukan penjagaan rapi dengan ubat-ubatan, lampin pakai buang dan susu khas yang menelan kos lebih RM600 setiap bulan.

“Saya bersyukur kerana ramai pihak yang prihatin termasuk kerajaan negeri memberikan sumbangan,” katanya yang sering berulang alik ke HSNZ untuk rawatan bayinya itu.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata pihaknya akan sentiasa memantau dari semasa ke semasa bagi memastikan keluarga tersebut mendapat perhatian dan sumbangan dalam bentuk yang sesuai.

“Keluarga ini boleh mengemukakan permohonan bantuan menerusi Tabung Darul Iman dan tabung Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (Maidam) serta menerima sumbangan sara diri sebanyak RM350 sebulan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.

Mana-mana pihak yang berhasrat membantu boleh hubungi talian 014-2546378.

Sumber: Sinar Harian

Zetty Amelia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)