Siakap Keli

Glasier Mencair Dan Mungkin Lepaskan 15,000 Tahun Virus Ke Udara- Kajian

Virus purba yang tidak diketahui sejak 15,000 tahun lalu dipercayai telah ditemui ‘bersembunyi’ di kawasan ais prasejarah di dataran tinggi Tibet.

Para saintis mengekstrak dua ketulan ais dari glasier dan mendapati sejumlah 33 patogen beku di dalamnya dengan 28 daripadanya tidak pernah dilihat sebelum ini oleh manusia.

Kredit Foto: Daily Mail

Para penyelidik mengatakan bahawa pemanasan global ‘mengancam’ akan mencairkan glasier dunia dan ia boleh membawa kepada ‘senario kes terburuk’ yang memperlihatkan virus dilepaskan ke atmosfera.

Peningkatan suhu mempunyai keupayaan untuk melepaskan virus secara ‘beramai-ramai’ ke dalam dunia yang tidak mempunyai imuniti untuk menentang mereka.

Saintis dari AS dan China menggorek 165 kaki (50 meter) ke glasier dataran tinggi Tibet untuk menyiasat sebarang patogen yang terkandung di dalamnya.

Kredit Foto: Daily Mail

Projek selama lima tahun membolehkan mereka memastikan virus kuno dikesan dan bukan hanya mengambil pencemaran dari dunia moden.

Walaupun para penyelidik enggan mengulas mengenai penyelidikan mereka kerana belum lagi dikaji semula, mereka menulis bahawa terdapat banyak minat dalam mengkaji virus yang telah rosak yang tersimpan di dalam glasier.

Sumber: Daily Mail

Sofea

There's always another side to every story