Siakap Keli
Kredit Foto: Daily Mail

Kejam, Anjing Dibuang & Mata Digam, Dipercayai Supaya Tak Ikut Tuan Balik

Kejam. Seekor anjing diperlakukan seperti objek tidak bernyawa oleh tuannya apabila haiwan tersebut bukan sahaja dibuang malah matanya juga turut digam dipercayai supaya tidak dapat mengekorinya pulang.

Anjing tersebut telah dibuang dalam pembentung oleh tuannya dan matanya turut digam ketika dijumpai oleh penduduk tempatan di bandar Barrancabermeja.

Kredit Foto: Daily Mail

Anjing tersebut segera dibawa ke klinik untuk mendapatkan rawatan lanjut setelah ianya dijumpai.

Doktor haiwan yang merawat anjing berkenaan mengambil masa selama 3 hari untuk menanggalkan gam tersebut dan ianya dijangka bakal memakan masa hingga empat bulan untuk pulih seperti sedia kala.

Kredit Foto: Daily Mail

Carlos, penduduk yang menjumpai anjing malang tersebut bercadang untuk membawa pulang dan jadikan anjing tersebut sebagai haiwan peliharaannya.

Ketika ditemui, anjing tersebut kelihatan menjilat-jilat di bahagian kakinya untuk membersihkan anggota badannya yang tercemar itu.

Setakat ini, pihak berkuasa masih belum menjumpai pelaku yang bertindak kejam ke atas haiwan berkenaan.

Sumber: Daily Mail

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.