Utama

Berita

Berita

Berita

Sukan

Politik

Berita

Berita

Berita

Berita

Sukan

Politik

Berita
Sebut sahaja nasi lemak, pasti ramai yang sudah terliur. Menjadi makanan tradisi Melayu Malaysia dan negara Asia seperti Singapura, Indonesia dan Brunei, keenakkan nasi lemak terutamanya sebagai menu sarapan pagi tidak dapat disangkal lagi.
Tetapi lain pula yang berlaku kepada seorang wanita yang memiliki pengalaman berbeza menikmati menu ini, di mana ianya disifatkan sebagai hidangan paling teruk yang disediakan sewaktu dia berada di dalam penerbangan.
Katie Morley dari United Kingdom dikatakan menaiki salah sebuah penerbangan selama 13 jam sebelum dihidangkan dengan sebekas makanan dipercayai nasi lemak.
Menerusi status yang dimuat naik di Twitternya, Katie menyelar hidangan tersebut yang mencampurkan nasi bersama kari ayam (sambal ayam), telur rebus dan ikan bilis goreng yang dikatakan berbau.


Malah, dia turut mengatakan bahawa hidangan ikan bilis walau dimasak dengan cara apa sekalipun di atas kapal, adalah suatu idea yang teruk kerana baunya yang busuk.

Netizen dipercayai dari serata negara dilihat turut tampil mengecam makanan tradisi kebanggaan rakyat Malaysia ini.
Nasi dimakan bersama sambal ayam, ikan bilis dan telur dikatakan sebagai campuran makanan yang tidak patut, malah menjadi hidangan yang paling teruk pernah dilihat oleh mereka.









Nampaknya, mereka ini perlu dijemput untuk merasai kesedapan sebenar nasi lemak di negara kita. Lepas makan sekali, ‘comfirm’ terus teringat!
Sebagai rakyat Malaysia, apa pula pendapat anda?
Sumber: Katie Morley