Siakap Keli
Kredit: Twitter

Risau Ingatkan Sakit Kembung Perut, Doktor ”Check” Rupanya Cuma Gemuk

Bagi pencinta haiwan, pasti risau apabila melihat si manja kesayangan jatuh sakit. Ibarat keluarga sendiri, mereka menjaga haiwan peliharaan dengan penuh kasih sayang dan sanggup melakukan apa sahaja untuk si manja.

Baru-baru ini, tular di Twitter seorang pemilik kucing berkongsi kerisauan melihat anak kucingnya yang dikhuatiri mengalami kembung perut.

Risau dengan keadaan si bulus, dia kemudiannya membawa anak kucing itu bertemu doktor haiwan untuk pemeriksaan.

Setibanya di klinik haiwan, doktor melakukan imbasan untuk memeriksa si comel berkenaan.

Setelah pemeriksaan, pemilik kucing itu diberitahu si comel berkenaan dalam keadaan sihat, cuma gemuk sahaja.

Disangka sakit, rupanya buncit.

“Doktor beritahu dia hanya gemuk,” kongsi pemilik si putih dari Thailand itu.

Perkongsian wanita ini mendapat lebih 30 ribu tanda suka dan lebih 93 ribu ulang kicau netizen yang terhibur dengan kecomelan si putih itu.

Sumber: Kang Ireniel

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.