Siakap Keli
Kredit: CNN/Country Living Magazine

Penyelidik Dapati Perekat Teh Uncang Bebaskan Berbilion Zarah Plastik Ketika Dipanaskan- Kajian

Jika anda pengguna setia teh uncang, anda mungkin perlu mempertimbangkan penggunaannya semula kerana ia didapati mempunyai bahaya tersendiri.

Menurut kajian dari American Chemical Society, penyelidik dari Universiti McGill mendapati satu uncang teh boleh membebaskan 11.6 bilion zarah mikroplastik dan 3.1 bilion nanoplastik ke dalam air.

Zarah tersebut berasal dari polypropylene yang sering digunakan untuk merekatkan bukaan uncang teh, lapor Reviewed.com. Biarpun bahan itu sering ditemui dalam makanan dan minuman berbotol, kajian menunjukkan kuantiti zarah plastik yang dibebaskan uncang teh ribuan kali ganda lebih tinggi dari produk lain.

Kredit: CNN

Dalam kajian tersebut, penyelidik membeli empat jenama uncang teh terkenal dan membuka bungkusan berkenaan sebelum mengosongkannya dengan membuang serbuk teh di dalam.

Mereka kemudiannya merendam uncang kosong tersebut ke dalam air sepertimana yang dilakukan ketika membuat teh.

Menggunakan mikroskopi elektron, mereka mendapati satu uncang teh pada suhu bru membebaskan berbilion zarah mikroplastik dan nanoplastik ke dalam air.

Alternatif lebih sihat

Justeru, sebagai salah satu alternatif yang lebih sihat, pakar menasihatkan orang ramai agar menggunakan uncang teh yang boleh terbiodegradasikan, bebas plastik, organik atau dibuat dari bahan berasaskan tumbuhan.

Anda juga boleh mencari uncang yang tertulis “bebas epiklorohidrin“, bahan kimia yang digunakan pengilang untuk mengelakkan uncang terurai dengan cepat.

Selain itu, anda juga boleh beralih kepada tea infuser bagi mengelakkan bahaya teh uncang biasa. Alat khas ini membantu anda untuk merendam daun teh serta ia boleh dibersihkan secara berkala.

teh infuser alternatif teh uncang plastik
‘Tea infuser’. Kredit: Reviewed.com

Sumber: Reviewed.com, McGill Newsroom

Amira

Love yourself.