Siakap Keli

(Video) Motosikal Tiba-Tiba Muncul Melintang Atas ‘Highway’, Rakaman Kemalangan Undang Persoalan

Kemalangan jalan raya sememangnya perkara yang hendak dielakkan oleh semua pengguna jalan raya. Apa tidaknya, kemalangan boleh menyebabkan kerosakan kenderaan, kecederaan malah boleh meragut nyawa.

Menerusi satu rakaman yang berlegar di media sosial, satu kemalangan berlaku melibatkan dua buah motosikal di sebuah lebuhraya.

Pada permulaan video, sebuah motosikal berkuasa tinggi dilihat sedang ditunggang di pertengahan jalan. Namun, secara tiba-tiba sebuah motosikal secara melintang merempuh di bahagian belakang motorsikal berkenaan.

Rempuhan tersebut menyebabkan motosikal berwarna biru itu terjatuh di tengah jalan. Walau bagaimanapun, motosikal berkuasa tinggi itu berjaya dikawal dengan baik dan tidak menyebabkan penunggangnya terjatuh.

Melihat kepada rakaman tersebut, rata-rata netizen tertanya-tanya mengenai arah motosikal itu datang. Perkara ini kerana motosikal itu dilihat muncul secara tiba-tiba dengan keadaan melintang.

“Pelik sangat ni..jarak motor cup tu sangat rapat dengan kereta biru tu”

“Sangat rumit kejadian ini untuk diselesaikan, mana motor dan ownernya pergi”

“Dari mana moto tu datang”

“Rasanya kapcai tu kena sondol dengan kereta”

“Alza tu dah sondol kapcai tu mungkin kapcai tu dari lane kecemasan beralih ke lane kereta lalu disondolnya alza tu”

Sumber: Adventure Touring Malaysia (AtM)

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra