Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tak Semua Negeri Benarkan, Ini Antara Lokasi Dengan Undang-Undang Bunga Api Paling Ketat Di AS

undang undang
Kredit: Yuheng Mei

Tak Semua Negeri Benarkan, Ini Antara Lokasi Dengan Undang-Undang Bunga Api Paling Ketat Di AS

Setiap kali musim panas menjelma di United States, bunga api menjadi antara simbol utama sambutan terutama menjelang Hari Kemerdekaan negara itu pada 4 Julai.

Pertunjukan di halaman rumah, perjumpaan kejiranan dan langit malam yang dihiasi percikan warna-warni sudah menjadi tradisi tahunan yang cukup sinonim.

Namun di sebalik kemeriahan itu, tidak semua tempat di Amerika membenarkan penggunaan bunga api secara bebas.

Ramai beranggapan undang-undang bunga api adalah sama di seluruh negara, tetapi hakikatnya setiap negeri mempunyai peraturan berbeza, malah ada yang jauh lebih ketat berbanding negeri lain.

Menurut laporan Reader's Digest, sebanyak 49 negeri termasuk Washington D.C. membenarkan penggunaan bunga api pengguna dalam kapasiti tertentu, namun jenis yang dibenarkan berbeza mengikut lokasi.

Apa yang menarik, hanya satu negeri di Amerika yang mengharamkan sepenuhnya semua jenis bunga api untuk kegunaan awam.

Berikut antara negeri yang mempunyai undang-undang bunga api paling ketat di Amerika Syarikat:

1. California – Hanya “Safe and Sane” dibenarkan

Di California, penduduk hanya dibenarkan membeli bunga api dalam kategori “safe and sane” seperti percikan tangan, fountain kecil dan pemutar roda.

Namun, bunga api popular seperti mercun letupan, Roman candle, roket udara dan bunga api kayu adalah dilarang sama sekali.

Malah, jualan juga hanya dibenarkan dari 28 Jun hingga 6 Julai sahaja.

2. Hawaii – Undang-undang ikut daerah

Berbeza dengan negeri lain, Hawaii menyerahkan kuasa kepada setiap daerah untuk menetapkan undang-undang sendiri.

Menurut laporan itu, sesuatu bunga api mungkin sah di satu daerah tetapi haram di daerah lain.

Jadi, orang ramai perlu lebih berhati-hati sebelum membeli atau menggunakannya.

3. Nevada – Tiada satu undang-undang seragam

Situasi hampir sama berlaku di Nevada apabila setiap daerah mempunyai kuasa menentukan sama ada bunga api boleh dijual atau digunakan.

Keadaan ini menyebabkan peraturan berbeza-beza walaupun masih dalam negeri yang sama.

4. Wyoming – Ikut komuniti setempat

Wyoming turut menggunakan sistem sama, di mana kerajaan daerah menentukan sendiri jenis bunga api yang dibenarkan.

Ini memberi fleksibiliti kepada komuniti, namun pada masa sama mewujudkan pelbagai peraturan berbeza.

5. Massachusetts – Haram sepenuhnya

Paling ketat ialah Massachusetts apabila negeri itu menjadi satu-satunya negeri di Amerika yang melarang sepenuhnya pemilikan, pembelian dan penggunaan bunga api oleh orang awam.

Menurut Reader’s Digest, walaupun bunga api itu dibeli secara sah di negeri lain, ia tetap dianggap menyalahi undang-undang jika dibawa masuk ke Massachusetts.

Bagaimanapun, pertunjukan bunga api profesional masih dibenarkan dan menjadi satu-satunya cara sah untuk orang ramai menikmati sambutan tersebut.

Bagi ramai rakyat Amerika, bunga api mungkin sekadar hiburan tahunan, tetapi hakikatnya undang-undang berkaitannya jauh lebih rumit daripada yang disangka.

Jadi sebelum membeli atau membawanya merentas negeri, pastikan semak dahulu peraturan tempatan supaya sambutan tidak bertukar menjadi masalah.

Sumber:www.rd.com