Siakap Keli
Sumber: DailyMail

(Video) 3 Remaja Cedera, Dua Lelaki ‘Misteri’ Dipercayai Ceroboh Gelanggang Futsal Lepaskan Tembakan Rambang

Detik mengeri apabila dua orang lelaki bersenjata meluru masuk ke sebuah gelanggang futsal dan melepaskan beberapa das tembakan sehingga mencederakan tiga orang remaja.

Kejadian yang berlaku di Pusat Pendidikan Doris Johnson ketika sekumpulan remaja menyertai perlawanan bola futsal di tempat tersebut.

Difahamkan melalui video tersebut, peserta berlari selamatkan diri selepas mendengar beberapa das tembakan daripada dua lelaki yang tidak dikenali.

Menurut laporan, suspek dikatakan sudah memerhati salah seorang remaja dan melepaskan tembakan tepat pada kaki. Kemudian, dua lelaki yang memakai helmet tersebut melarikan diri dari tempat kejadian.

Menurut ibu salah seorang mangsa yang ditembak pada tulang belakang berkata ini merupakan satu mimpi ngeri yang semua orang tidak mahu ia terjadi.

Menurut kenyataan daripada pihak sekolah terbabit, kesemua mangsa tidak mengalami kecederaan serius dan sedang mendapatkan rawatan lanjut di sebuah hospital.

 

Sumber: Dailymail

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)