Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lain Macam, Lelaki Kongsi Suasana Main Futsal Atas Dek Kapal Di Tengah Laut

main futsal
Kredit: @syawal.hamzah via TikTok
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Lain Macam, Lelaki Kongsi Suasana Main Futsal Atas Dek Kapal Di Tengah Laut

Umum ketahui, bersukan merupakan antara aktiviti yang penting untuk mengekalkan kecergasan fizikal dan kesihatan tubuh badan.

Selain membantu meningkatkan tahap kecergasan, aktiviti riadah juga menjadi medium untuk melepaskan tekanan serta mengeratkan hubungan sesama rakan dan komuniti.

Walau di mana sahaja seseorang berada, minat terhadap sukan sering mendorong mereka mencari ruang dan peluang untuk kekal aktif.

Main futsal atas dek kapal

Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial yang memaparkan sekumpulan lelaki bermain futsal di atas sebuah kapal yang sedang berada di tengah laut.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @syawal.hamzah di TikTok, mereka dilihat bermain futsal dengan penuh semangat di atas dek kapal dengan memakai pakaian sukan yang lengkap.

Difahamkan, aktiviti tersebut dijalankan di atas KD Perantau, iaitu sebuah kapal hidrografi milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja pengukuran dan pemetaan perairan negara.

Dalam video yang dikongsikan, mereka kelihatan begitu selesa dan seronok melakukan aktiviti tersebut, seolah-olah sudah terbiasa.

“Nak bagi nampak suasana futsal dekat laut, sedara sedari. Mabuk? Siap main futsal lagi haaa. Steady tak steady?” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Namun begitu, video tersebut turut mengundang pelbagai persoalan daripada netizen yang tertanya-tanya sama ada bola yang digunakan pernah terjatuh ke dalam laut.

Menjawab pertanyaan tersebut, pemilik video memaklumkan bahawa perkara itu sememangnya pernah berlaku, malah bukan sekali dua bola jatuh ke laut ketika permainan berlangsung.

Kredit: @syawal.hamzah via TikTok

Video tersebut mencecah 68 ribu tontonan setakat ini

Menjengah ke ruangan komen, ramai pengguna TikTok yang pernah bekerja atau berkhidmat di atas kapal laut turut berkongsi pengalaman serupa.

Menurut mereka, aktiviti sukan di atas dek kapal sememangnya sudah menjadi antara cara untuk mengisi masa lapang dan melepaskan rindu terhadap aktiviti riadah ketika berada jauh dari daratan.

Ada yang mengimbau kenangan bermain bola tampar, manakala sebahagian lagi pernah menyertai permainan hoki dek ketika bertugas di laut.

“Teringat main volleyball dalam deck kapal,” komen seorang pengguna.

“Kenangan main deck hockey masa di KD Musytari,” tulis seorang lagi.

“Teringat zaman dulu-dulu. Lama dah tak main hoki geladak,” ujar seorang netizen.