Siakap Keli

Kalau Taknak Kereta Rosak, Duit Habis, Jangan Buat 5 Tabiat Ini Ketika Memandu

Pada kebiasaannya mereka yang sudah lama memandu pasti akan lakukan tabiat yang pelik-pelik tanpa sedar. Almaklum lah penat pemandu. Tapi tidak semua tabiat yang dilakukan itu elok kerana mungkin ia boleh membahayakan diri anda.

Ini terdapat beberapa tabiat yang selalu dilakukan oleh pemandu-pemandu kereta yang tidak bagus dijadikan habit. Bukan sahaja membahayakan diri namun ia juga boleh menyebabkan kerosokan pada kereta.

  1. Letak kaki pada brake kereta ketika memandu menuruni bukit

Selalunya perkara tersebut sering dilakukan oleh penunggang motosikal kerana mereka akan get ready semasa menuruni bukit jika ada sesuatu. Sebenarnya perkara itu tidak elok dilakukan kerana boleh membuatkan sistem break akan ‘overheating’ dan menipiskan lagi brake pad dan disc.

2. Mengabaikan penggunaan hand brake

Bila di kawasan yang cerun, semua bebanan akan diletakkan di bahagian gear pada gearbox. Jadi bila anda nak park kereta di kawasan  berbukit mahupun cerun, pastikan brake ditukarkan ke ‘P’. Kemudian kalau nak gerakkan kereta, lepaskan brake secara perlahan-lahan.

3. Mengabaikan bunyi pelik pada kereta

Kalau ada bunyi pelik-pelik pada kereta, lebih baik pergi periksa. Ramai yang suka mengabaikan perkara itu. Itulah antara punca kenapa tiba-tiba kereta rosak ditepi jalan. Jadi kalau dah dengar kereta keluarkan bunyi-bunyi yang pelik terus pergi periksa, jangan tangguh-tangguh.

4. Isi minyak bila tanki dah hampir kosong.

Jangan selalu biarkan tank kereta betol-betol kosong baru nak isi minyak. Bila tank minyak kosong, nanti senang kekotoran nak melekat pada tank. Ini juga antara punca yang menyebabkan kerosakan kereta.

5. Rehatkan tangan pada gear.

Perkara ini pasti ramai sering lakukan bukan? Sepatutnya jika mahu rehatkan tangan, letakkan tangan pada streng kereta. Tahu atau tidak, bila kita letak bebanan tangan pada gear, ia akan menambahkan bebanan gearbox dan perkara tersebut boleh menyebabkan gear tidak boleh ditukar atau tersangkut.

Sumber: Maukerja

 

Zetty Amelia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)