Siakap Keli

“’Ramuan Terbaik’ Nak Tewaskan Liverpool Ada Dalam Tangan Saya” -Ole G. Solskjaer

Ole Gunnar Solskjaer percaya bahawa dia telah menemui ‘ramuan terbaik’ untuk menentang Liverpool dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris yang bakal menyaksikan pertembungan kedua-dua kelab gergasi itu pada Ahad ini.

United adalah merupakan satu-satunya pasukan yang berjaya meraih mata daripada Liverpool dalam liga bagi musim ini selepas mencatatkan keputusan seri 1-1 ketika bertemu di Old Trafford Oktober lalu.

Menurut Metro UK, Klopp dikatakan kerap menghadapi kesukaran ketika menentang Red Devils sejak mengambil alih tugas sebagai jurulatih Liverpool pada 2015.

Jurulatih dari Jerman itu hanya berjaya meraih 2 kemenangan sahaja dari 10 perlawanan menentang Manchester United dengan 6 kali seri dan tewas sebanyak 2 kali di tangan United.

Liverpool kini mencatatkan 38 perlawanan tanpa kalah kepada mana-mana pasukan di Liga Perdana Inggeris dan tidak pernah tewas di Anfield sejak April 2017. Solskjaer yakin bahawa dia akan mendapat keputusan yang baik menentang Liverpool di Anfield pada ahad ini.

“Pastinya ia suatu tugas yang berat, namun saya pernah berhadapan dengan mereka (Liverpool) sebanyak dua kali, kami seri pada ketika itu,” kata Solskjaer dalam sidang media selepas menang ke atas Wolves dalam perlawanan Piala FA Rabu lalu.

“Sudah tentulah kami mahukan kemenangan, saya yakin kami telah jumpa ‘ramuan terbaik’ bagi menentang mereka dan kami layak memperolehi mata daripada mereka,” tambahnya lagi.

Baca: Negara 4 Musim Terdekat, Ini Antara Sebab Ramai Orang Nak Sangat Pergi Australia

Sumber: Metro.UK

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.