Siakap Keli

(Video) Pecut Tak Lepas, Rakaman Nissan GTR Terbabas, Mujur Tak Langgar Kereta Lain

Memandu kereta berkelajuan tinggi atau lebih dikenali sebagai ‘kereta sport’ sememangnya menjadi idaman kepada pemandu yang mempunyai minat mendalam terhadap kenderaan tersebut.

Pun begitu, memandu kenderaan tersebut tidaklah semudah yang disangka malah ada yang terbabas ketika mencubanya. Menerusi satu perkongsian video di Facebook, Info Roadblock JPJ/Polis, sebuah kereta dipercayai Nissan GTR dirakam terbabas di satu persimpangan lampu isyarat.

Menerusi rakaman berkenaan, kereta tersebut dilihat sedang cuba memecut sejurus lampu isyarat bertukar warna hijau. Namun malangnya, kereta tersebut bagaikan hilang kawalan dan terbabas beberapa meter di hadapan.

Tularnya rakaman berkenaan, netizen nampaknya memberikan pandangan masing-masing terhadap pemanduan kereta tersebut. Malah, ada yang mempersoalkan motif sebenar pemandu tersebut memecut sejurus lampu isyarat bertukar hijau.

Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)