Siakap Keli
Sumber: Twitter Sarah Mingheo

Mata Hampir Buta, Ibu Dakwa Anak Tahun 1 Dibuli, Ditusuk Pensel Warna Hijau

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bila hanta anak-anak ke sekolah dengan harapan mereka baik-baik sahaja. Mana ada ibu bapa yang sanggup anak mereka dibuli atau diperlakukan dengan perkara yang tidak baik.

Kes buli terutama di sekolah bagai tiada penghujungnya ekoran beberapa kes yang dilaporkan. Acap kali kita dengar, kes buli ini terjadi pada golognan remaja, jarang kita dengar ia berlaku pada kanak-kanak seawal usia 6 hingga 10 tahun.

Terbaru, tular di media sosial memaparkan seorang murid tahun 1 dikatakan dibuli rakan sekelas hampir hilang penglihatan sebelah mata.

Menerusi satu status di laman Twitter, Sarah yang merupakan salah seorang ahli keluarga mangsa buli di sekolah. Perkara ini boleh dijadikan iktibar dan pengajaran kepada ibu bapa lain supaya lebih prihatin dan peka dengan kebajikan anak-anak di sekolah.

“Di buli sejak dibangku tadika”

Tiga hari lepas, seorang rakan sekelasnya menyucuk mata mangsa menggunakan pensel berwarna hijau. ‘Pembuli’ tersebut dikatakan telah membuli mangsa sejak di bangku tadika. 

Menurut Sarah ketika dihubungi, buat masa ini mangsa masih lagi di hospital sedang menunggu laporan perubatan untuk diambil tindakan selanjutnya. Keluarga mangsa ingin mengenakan saman terhadap keluarga pembuli sekiranya mangsa benar – benar menjadi buta.

Warna hijau pada mata mangsa tu akibat serpihan mata pensil warna hijau yang dikatakan melekat dalam mata selepas kena cucuk pembuli. Pembedahan dilakukan doktor adalah untuk membuang sisa – sisa mata pensil warna hijau pada mata mangsa.

Tak rasa sedih berpanjangan kerana tak faham dengan situasi sebenar…

Mangsa sedikit sedih dengan keadaan matanya tak dapat melihat tapi disebabkan mangsa tu cuma seorang kanak-kanak, jadi dia tidak faham situasi yang dia alami. Jadi sedih dia tak berpanjangan sebab kakak-kakak mangsa dan cikgu cikgu mangsa datang melawat mangsa di hospital.

Kami diberitahu bahawa pembuli tinggal bersama pengasuhnya kerana keluarganya sibuk mengendalikan perniagaan mereka setiap hari. Tetapi itu bukan sebab mereka mengabaikan anak mereka sehingga dia menjadi pembuli. Perhatikan anak anda, wahai ibu bapa! Setiap anak merupakan tanggungjawab ibu bapa. 

Dakwa Sarah, ibu saudara memberitahunya tentang keluarga ‘pembuli’ seolah-olah menafikan bahawa anak mereka tidak menikam pensel tersebut pada mata mangsa.

Katanya lagi, sesetengah orang akan berkata mata mangsa akan mengalami hilang penglihatan, tetapi keluarga mangsa percaya, kanak-kanak berusia 7 tahun ini akan mendapat semula penglihatannya. Mohon orang ramai untuk mendoakan kesejahteraan anak kecil ini.

 

Sumber: Twitter Sarah

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)