Siakap Keli

Niat Baik Nak Kumpul Dana Bantu Australia, Youtuber Dipenjara Selepas Didapati Bersalah Panjat Piramid Di Mesir

Seorang YouTuber Rusia-Amerika Vitaly Zdorovetskiy telah dipenjarakan  selepas beliau didakwa memanjat piramid.

Tindakan beliau itu adalah untuk cuba mendapatkan sumbangan dan derma untuk tragedi kebakaran yang berlaku di Australia.

Dia yang lebih dikenali sebagai Kingvitaly, dipenjara lima hari selepas ditangkap kerana memanjat piramid di Giza.

Pada November yang lalu, parlimen Parlimen Mesir telah menggubal undang-undang yang melarang pendakian piramid Giza.

Vitaly berkongsi video pendakian berbahaya dan mesejnya adalah untuk ‘menghentikan peperangan’ dan untuk menderma kepada Australia kepada 3.1 juta pengikutnya di Instagram.

Setelah berjaya mendaki hingga ke puncak, Vitaly merekod dirinya dan meminta orang ramai untuk menderma wang kepada mangsa kebakaran Australia.

Sumber : Twitter

Nurul Alia Ali

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)