Siakap Keli
Kredit: Google/The Sun

Dipercayai Tak Kunyah Sampai Hancur, Remaja Terpaksa Dibedah Buang Boba Didakwa ‘Tersangkut’ Dalam Usus

Henan, China – Seorang remaja 13 tahun di sini terpaksa dihantar ke hospital kerana sakit perut yang melampau.

Hasil imbasan X-ray mendapati terdapat sekatan pada bahagian usus remaja itu.

Menurut pakar bedah pediatrik, Zhang Haiyangi, beliau menemui dua bendasing berbeza saiz di dalam usus remaja berkenaan ketika melakukan pembedahan yang didakwa menjadi punca utama kesakitannya.

Menurut doktor, remaja itu didakwa minum minuman boba dua kali seminggu dan tidak mengunyah boba sebaiknya sebelum menelan, lapor Singtao.

Tambahnya, ramuan utama bebola itu adalah tepung ubi kayu dan tepung jagung yang tak mudah dicerna.

Lantaran itu, beliau menasihatkan agar ibu bapa memantau pengambilan minuman itu oleh anak-anak agar tidak berlebihan.

Sumber: Singtao

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.