Siakap Keli
Kredit: Bernama

Pembayaran Fasa Pertama Bantuan Sara Hidup Bermula Hari Ini – Menteri Kewangan

Putrajaya, 20 Jan – Menteri Kewangan, YB Lim Guan Eng mengumumkan pembayaran fasa pertama Bantuan Sara Hidup (BSH) bermula hari ini.

Pembayaran akan dikreditkan ke akaun penerima berdaftar berdasarkan pangkalan data BSH 2019 sebanyak RM300 bagi setiap isi rumah sehingga 22 Januari (Rabu) ini.

Tempoh permohonan dan pengemaskinian bakal dibuka bermula 1 Februari ini sehingga 15 Mac akan datang.

“Penerima BSH yang menerima bayaran fasa pertama BSH 2020 tidak perlu membuat permohonan kecuali jika terdapat perubahan maklumat untuk dikemaskini,” katanya.

Sebanyak lebih daripada RM1 bilion diperuntukkan dalam Belanjawan 2020 termasuk kategori baru BSH 2020 untuk golongan bujang yang berumur 40 tahun dan ke atas.

Sumber: Kementerian Kewangan

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.